PEGANGAN HIDUP

Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".

REZEKI

Jumaat, 26 Ogos 2011

CUKUP KE PUASA?


Hari ni dah 26 hari kita berpuasa...org lain le bukan akak, akak puasa tak cukup sebulan...huhuhu...sedih ni!. Tapi hari ni dah puasa balik, dapat sambung ibadat di malam-malam terakhir Ramadhan...InsyaAllah. 
Seronoknya kalau dapat puasa penuhkan, cukup sebulan. Akak dah pernah puasa penuh, kalau tak silap 3 kali waktu mengandungkan 3 anak lelaki dulu. Tapi anak perempuan yang last ni lahir hari ke 9 bulan Ramadhan, jenuh jugak akak menqada puasa. Dah tua-tua ni nak mengandung lagi malu la pulak, kalau tidak maybe boleh puasa cukup sebulan. Tunggu masa menopause la jawabnya...hehe tak lama dah kut. Apa-apa pun akak bangga dan bersyukur dilahirkan sebagai wanita. Tambah-tambah bulan puasa ni banyak pahala boleh dicari asalkan kita nak. Sekejap lagi nak cari pahala lagi...nak memasak lauk-lauk untuk suami & anak-anak berbuka puasa. Hari ni menu ayam masak ros, sayur taugeh (atas permintaan suami...katanya lama tak makan), sambal tumis ikan bilis campur terung pipit (favourite akak ni), sup sayur dan cucur udang. Alhamdulillah banyak sangat rezeki diberi Allah di bulan puasa ni. Terima kasih Ya Allah.     

Rabu, 24 Ogos 2011

bunga api di hati
INFO YANG AKAK DPT DLM FB TD
"kalau kamu nampak rakan2 kamu kat fb post gambar kamu kat fb dan atas gambar tu ade" May God always bless this kind person below with peace, love and happiness ",dan bawah gambar ade "Bold Text "jgn like kan....sila ambil perhatian....ni adelah"spyware"dia org akan dapat semua document kamu...so hati2...tlg post untuk rakan2 kamu.. TQ.."
Hai! macam2 cara orang nk pekena org ye!. Akak dh like pun sebab kelmarin blm dpt info ni. Zaman canggih manggih ni mcm2 boleh buat ye, selepas ni kena berhati-hati. Tak semua orang baik. Asyik nak mengena org je. Mangsanya org yg lurus, betul bendul mcm akak ni la. Alahai nasib badannn....

Ahad, 21 Ogos 2011

APA GUNA?

✿ Apa guna jadi lelaki kacAK, kalau baca Quran pun merangkak-rangkAK,
✿ Apa guna jadi perempuan cantIK, kalau Pukul 12 t.hari pun tak celik-celIK
✿ Apa guna umur besar panjANG, kalau Fardhu ain asas pun lintang pukANG
✿ Apa guna Allah bagi hidaYAH, kalau nak solat pun sikit punya paYAH
✿ Apa guna jadi manusIA, kalau umur Allah bagi kita sia-sIA
✿ Apa guna harta melimPAH..kalau nak hulur kepada yg memerlukan pun suSAH
✿ Apa guna pangkat beSAR..kubur dah dekat pun masih tak seDAR
(ambik dari fb kawan)

Rabu, 17 Ogos 2011

IBU KANDUNG HANYA SEORANG BUKAN DUA TIGA


• KETIKA BERUSIA SETAHUN, IBU SUAPKAN MAKANAN DAN MANDIKAN KITA. CARA KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA HANYALAH DENGAN MENANGIS SEPANJANG MALAM.

* APABILA BERUSIA 2 TAHUN, IBU MENGAJAR KITA BERMAIN, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN LARI SAMBIL KETAWA TERKEKEH-KEKEH APABILA DIPANGGIL.

* MENJELANG USIA KITA 3 TAHUN, IBU MENYEDIAKAN MAKANAN DENGAN PENUH RASA KASIH SAYANG, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENUMPAHKAN MAKANAN KE LANTAI.

* KETIKA BERUSIA 4 TAHUN, IBU MEMBELIKAN SEKOTAK PENSEL WARNA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENCONTENG DINDING.

* BERUSIA 5 TAHUN, IBU MEMBELIKAN SEPASANG PAKAIAN BARU, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN BERGOLEK-GOLEK DALAM LOPAK KOTOR.

* SETELAH BERUSIA 6 TAHUN, IBU MEMIMPIN TANGAN KITA KE SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENJERIT : “TAK NAK! TAK NAK!”

* APABILA BERUSIA 7 TAHUN, IBU BELIKAN SEBIJI BOLA. CARA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH IALAH KITA PECAHKAN CERMIN TINGKAP JIRAN.

* MENJELANG USIA 8 TAHUN, IBU BELIKAN AISKRIM, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGOTORKAN PAKAIAN IBU.

* KETIKA BERUSIA 9 TAHUN, IBU MENGHANTAR KE SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN PONTENG KELAS.

* BERUSIA 10 TAHUN IBU MENGHABISKAN MASA SEHARI SUNTUK MENEMANKAN KITA KE MANA SAJA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN TIDAK BERTEGUR SAPA DENGANNYA.

* APABILA BERUSIA 12 TAHUN, IBU MENYURUH MEMBUAT KERJA SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENONTON TELEVISYEN.

* MENJELANG USIA 13 TAHUN, IBU SURUH PAKAI PAKAIAN YANG MENUTUP AURAT, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN MEMBERITAHU BAHAWA PAKAIAN ITU TIDAK SESUAI ZAMAN SEKARANG.

* KETIKA BERUSIA 14 TAHUN, IBU TERPAKSA MENGIKAT PERUT UNTUK MEMBAYAR WANG PERSEKOLAHAN DAN ASRAMA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN TIDAK MENULIS SEPUCUK SURAT PUN.

* BERUSIA 15 TAHUN, IBU PULANG DARIPADA KERJA DAN RINDUKAN PELUKAN DAN CIUMAN, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGUNCI PINTU BILIK.

* MENJELANG USIA 18 TAHUN, IBU MENANGIS GEMBIRA APABILA MENDAPAT TAHU KITA DITERIMA MASUK KE IPTA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERSUKA RIA BERSAMA KAWAN-KAWAN.

* KETIKA BERUSIA 19 TAHUN, IBU BERSUSAH PAYAH MEMBAYAR YURAN PENGAJIAN,MENGHANTAR KE KAMPUS DAN MENGHERET BEG BESAR KE ASRAMA, KITA HANYA UCAPKAN SELAMAT JALAN PADA IBU DI LUAR ASRAMA KERANA MALU DENGAN KAWAN-KAWAN.

* BERUSIA 20 TAHUN, IBU BERTANYA SAMA ADA KITA ADA TEMAN ISTEMEWA, KITA KATA, “…ITU BUKAN URUSAN IBU.”

* SETELAH BERUSIA 21 TAHUN, IBU CUBA MEMBERIKAN PANDANGAN MENGENAI KERJAYA, KITA KATA, “SAYA TAK MAHU JADI SEPERTI IBU.”

* APABILA BERUSIA 22-23 TAHUN, IBU MEMBELIKAN PERABOT UNTUK RUMAH BUJANG KITA. DI BELAKANG IBU KITA KATAKAN PADA KAWAN-KAWAN….”PERABOT PILIHAN IBU AKU TAK CANTIK, TAK BERKENAN AKUUU!”

* MENJELANG USIA 24 TAHUN, IBU BERTEMU DENGAN BAKAL MENANTUNYA DAN BERTANYAKAN MENGENAI RANCANGAN MASA DEPAN, KITA MENJELING DAN MERUNGUT, “IBUUU, TOOOOOLONGLAHHH….”

* KETIKA BERUSIA 25 TAHUN, IBU BERSUSAH PAYAH MENANGGUNG PERBELANJAAN MAJLIS PERKAHWINAN KITA. IBU MENANGIS DAN MEMBERITAHU BETAPA DIA SANGAT SAYANGKAN KITA TAPI KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERPINDAH JAUH.

* PADA USIA 30 TAHUN, IBU MENELEFON MEMBERI NASIHAT DAN PETUA MENGENAI PENJAGAAN BAYI, KITA DENGAN MEGAH BERKATA, “…ITU DULU, SEKARANG ZAMAN MODEN.”

* KETIKA BERUSIA 40 TAHUN, IBU MENELEFON MENGINGATKAN MENGENAI KENDURI-KENDARA DI KAMPUNG, KITA BERKATA, “KAMI SIBUK, TAK ADA MASA NAK DATANG.”

* APABILA BERUSIA 50 TAHUN, IBU JATUH SAKIT DAN MEMINTA KITA MENJAGANYA, KITA BERCERITA MENGENAI KESIBUKAN DAN KISAH-KISAH IBU BAPA YANG MENJADI BEBAN KEPADA ANAK-ANAK.

* DAN KEMUDIAN SUATI HARI, KITA MENDAPAT BERITA IBU MENINGGAL! KHABAR ITU BAGAIKAN PETIR! DALAM LELEHAN AIR MATA, BARULAH SEGALA PERBUATAN KITA TERHADAP IBU MENERPA SATU PERSATU.

JIKA IBU MASIH ADA, SAYANGI DIA. JIKA TELAH MENINGGAL,INGAT DAN SELALULAH MENDOAKANNYA. SAYANGILAH IBU KERANA KITA SEMUA HANYA ADA SEORANG IBU KANDUNG.

MOHON PADANYA BERSAMA TANGISAN



"Ya Allah, curahkanlah rahmat kepadaku dengan Al-Quran, dan jadikan Al-Quran sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat bagiku. Ya Allah, ingatkan aku terhadap apa yang telah aku lupakan dari Al-Quran. Ajarilah aku apa2 yg belum aku ketahui dari Al-Quran. Anugerahilah aku kemampuan... untuk senantiasa membacanya sepanjang malam dan siang. Jadikanlah Al-Quran hujjah bagiku (yang dapat menyelamatkanku) wahai Tuhan semesta alam."

"Ya Allah, perbaikilah agamaku,sebagai pedoman hidup dalam segala urusanku. Perbaikilah duniaku, tempat kehidupanku. Baguskanlah akhiratku, tempat kembaliku. Jadikanlah hidupku sebagai tempat utk melaksanakan segala kebajikan dan jadikanlah matiku sebagai peristirehatan akhir bagiku dari segala keburukan/kejahatan."

"Ya Allah jadikanlah daku hamba-Mu yg banyak mengingat-Mu, banyak mensyukuri nikmat-Mu dan tunduk patuh atas perintah-Mu serta khusyuk dalam beribadah pd-Mu"

"Ya Allah masukkan kami dalam syurga-Mu dan lindungi kami dari azab neraka-Mu"
Ya Allah terimalah solatku, puasaku, seluruh ibadahku dan doa2ku"

CARI ISTERI DOT DOT DOT

nak_pandai=Cari isteri cikgu
nak_sihat=Cari isteri doktor
nak_kaya=Cari isteri anak tan sri
nak_glamour=Cari isteri artis
nak_gaduh=Cari isteri samseng
...nak_sembang=Cari isteri penceramah
nak_alim=Cari isteri ustazah
nak_gemuk=Cari isteri chef
nak_selamat=Cari isteri polis
nak_stylo=Cari isteri kaki shopping
nak_mampos=Cari isteri muda yg 1 ofis dgn isteri tua...
HAHAHAHAHAHA..............
(copy ayat kawan fb)

Selasa, 16 Ogos 2011

KAD RAYA MAYA 1

TQ EN. HASRULHASSAN BAGI SAYA KAD RAYA. KENAPA SAYA KLIK SATU KAD TAPI 4 YANG DAPAT. APAPUN TQ BANYAK-BANYAK. INI KAD RAYA PERTAMA SAYA DAPAT WALAUPUN HANYA DI ALAM MAYA.

Isnin, 15 Ogos 2011

BUSUK PUNYE CITE

org Amerika kentut ckp EXCUSE ME
org British kentut ckp PARDON ME
org Singapore kentut ckp FORGIVE ME
org kita kentut ckp NOT ME! NOT ME!
-----------> heheheheh<------------- 0_0
(pinjam ayat kawan dalam fb)
DILARANG KENTUT DI SINI SEBAB INI BUKAN BLOG UJANG

Ahad, 14 Ogos 2011

ANDA KIDAL?

Anda kidal? Takkk....hanya Man Kidal sorang je kidal. Sebab tu dia dapat nama gelaran kidal. Anda ada? 

Akak ada 4 orang anak dan dua darinya adalah kidal iaitu anak lelaki no.2 dan no.3. Dulu masa diaorang belajar menulis, akak paksa suruh diaorang tulis jugak dengan tangan kanan tapi last-last tangan kiri jugak jadinya. Akak pernah dengar orang tua dulu-dulu kata buat kerja dengan tangan kiri adalah tidak sopan. Betul juga kalau difikirkan tapi bukan semua kerja diaorang guna tangan kiri, makan tetap tangan kanan, basuh berak tetap tangan kiri.
Penyebab jadi kidal ni pun tak jelas. Akak cuba juga korek-korek info dari internet. Ada yang kata sebab keturunan dan ada yang kata itu hanya kebiasaan tapi dari apa yang akak baca orang kidal ni sebenarnya banyak untung atau istimewalah kataorang. Antaranya:
1. Cepat respon ransangan
2. Proses data cepat kerana berlaku di kedua-dua belah otak...kiranya otak genius la tu
3. Cenderung menjadi seorang olahraga
4. Mental yang lebih baik di usia tua
5. Lebih kreatif dan ada ciri-ciri keseniaan
6. Lebih bijak, banyak tokoh-tokoh terkenal adalah kidal

Walau bagaimanapun ada jugak kekurangan orang kidal ni. Antaranya:
1. Cenderung rasa cemas dan malu untuk melakukan sesuatu
2. Lebih cepat sakit hati dengar kritikan orang lain padanya
3. Sukar nak menulis dalam buku tebal
4. Sukar guna peralatan seperti gunting, senjata api, tetikus, peralatan dapur dll
5. Kerusi meja dicipta untuk orang tangan kanan, jadi orang kidal kena mengiring sikit baru mudah menulis di atas meja
6. Kadang-kadang cara orang kidal mengiring menulis menyusahkan rakan sebelah yang tidak kidal
7. Kelemahan dalam aspek kesihatan, pengurusan, pendidikan, kerjarumah/surirumah, pelajar

Banyak lagi yang boleh dikongsikan mengenai kidal ni. Tak larat nak tulis dah ni...baca la sendiri kat internet ye!
Tapi satu fakta yang perlu dikongsi ialah:
1. Lebih ramai lelaki kidal berbanding wanita
2. Individu kidal adalah individu elastik
3. Kajian menunjukkan orang kidal hidup 9 tahun lebih pendek dari orang kanan
4. Orang kidal tidak semestinya mempunyai ibubapa yang kidal.
5. 13 Ogos adalah Hari Kidal sedunia, tapi tak payahlah kita sambut, asyik nak tiru omputeh ja...kan...kan

Tangan sape ni?

Jumaat, 12 Ogos 2011

KATEGORI KUIH

 Batang buruk, walaupun rupamu buruk tapi aku suka

Bulan posa ni macam-macam kuih kita jumpa, macam-macam nama, macam-macam rasa, macam-macam bentuk, kadang-kadang nampak macam lawak ja. Ni antara kategori kuih yang akak pernah makan dan korang pun mesti suka punya....sedappp
 
Kuih paling alim= Kuih Ketayap 
Kuih penyakit lelaki kronik= Batang Buruk 
Kuih suka pukul= Kuih Lompang 
Kuih dalam zoo= Badak Berendam 
Kuih untuk Sam Polis Trafik= Kuih Sampreeeeettttt 
Kuih yg bangun sendiri= Kuih Bangkit 
Kuih org x mandi= Kuih Bau-lu 
Kuih paling tenteram= Kuih Makmur 
Kuih paling lembap= Kuih Siput
Kuih paling gangster= Lompat Tikam
Kuih paling sexy= Puteri Mandi
Kuih paling keji= Taik Itik
Kuih bajet cute= Cek Mek Molek
Kuih paling manja = Dodol @ dodoi

macam-macam lagi kategori kuih, u'all tambah sendiri ye!
tiba-tiba rasa nak makan taik itk

Rabu, 10 Ogos 2011

WW........C

sampai kurus kering, orang posa dia pun nak posa jugak

WW.........B

 Jeles tgk gaya diaorang

gaya tegak camni je dari dulu sampai sekarang

WW.......A

Bulan posa nampak orang makan apa pun sodap

Isnin, 8 Ogos 2011

OOOOO DIET

Aku - golongan darah 'O' sebab tu aku selalu cakap oooooo nak kena ni apabila anak-anak aku nakal dan oooooooooooooooo patut balik lambat kat suami kalau dia keluar malam dan oooooooooo kat kawan-kawan yang jeling-jeling tengok apa aku buat dan ooooooooooo TQ kat blogger dan semua yang baca blog aku.

Diet Untuk Golongan Darah 'O'

Dr. Peter J.D'Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum.
Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan. Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D'Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang.
Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.
Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.
Ciri khas golongan darah O:
  • Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
  • Mudah mengadaptasi berbagai makanan
  • Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
  • Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
  • Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek: Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek: Sepotong kuih
Makan Malam: Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

INGIN SEKALI AKU

Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka,
Perindahlah ucapanku di hadapan mereka,
Lunakkanlah watakku terhadap mereka,
Lembutkan hatiku untuk mereka.

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
Atas didikan mereka padaku,
Pahala atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
Peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan,
Atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku,
Atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
Jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka,
Bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan Perkenan-Mu ya Allah,
Hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila Maghfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku,
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka,
Sehingga kami semua berkumpul bersama dengan Santunan-Mu,
Di tempat kediaman yang dinaungi Kemuliaan-Mu,
Ampunan-Mu serta Rahmat-Mu.
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
Serta Anugerah yang tidak berakhir,
Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua Pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin...
- Artikel iLuvislam.com

ROH DI BULAN PUASA

Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.
Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus i a semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.

Sebarkan e-mail dakwah ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama. Ini bukanlah ancaman surat berantai. Yang jelas jika anda tidak meneruskan e-mail ini, maka anda telah melepaskan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal soleh. Jika anda melakukan dengan ikhlas insya Allah anda akan mendapat ganjaran pahala kebaikan dari Allah.  Mari berlumba dalam kebaikan. 
(Fadzilah Hashim)

Ahad, 7 Ogos 2011

ELAUN SARA HIDUP (COLA) MULA DIBAYAR MULAI OGOS 2011

Putrajaya 06 Ogos 2011 - Kerajaan bersetuju memberikan Elaun Sara Hidup (COLA) tanpa mengira pangkat dan tempat bertugas semua pekerja awam dan swasta sebanyak RM500.00 sebulan berkuatkuasa Ogos 2011 bagi menampung kenaikan harga minyak dan barang-barang.

Elaun COLA ini boleh dituntut di semua Pejabat Pos dan BSN di seluruh negara mulai jam 1 pm hingga 4 pm pada setiap hari kecuali hari Jumaat, Sabtu dan Ahad serta hari-hari kelepasan am.
Kakitangan awam & swasta perlu menunjukkan kad pengenalan diri jabatan untuk mendapatkan borang permohonan dan wang akan dibayar selepas penyerahan borang yang lengkap beserta dengan syarat2 berikut :-
1. SuratPerlantikan Kerja - Original
2. SuratPengesahan Kerja- Original
3. SuratAkuan Majikan - Tempat terakhir masih bertugas
dan

koleksi 80 penutup botol coca-cola....!
Dah nama elaun COLA, kena la kumpul tudung cola banyak2.
Ala.... kalau pasal duit, terbeliak mata korang erk?! Jangan marah eee.... aku pun terkena..hahahaha
(copy dari fb my fren Ally) - siapa la punya keja ni?...lawaks

BESTKAN JADI WANITA

" Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai. "
Bestkan jadi orang perempuan. Bulan puasa ni lagi banyak pahala dia dapat. 
Inilah kisah seorang ibu yang amat saya kenali yang mencari pahala bermula dari bangun tidur hari ini hingga bangun tidur hari esoknya dan begitulah hari-hari seterusnya semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.
4.00 pagi - hanset no. 012560xxxx berbunyi nyaring lagu MUH. Raba-raba cari hanset dan tekan supaya senyap
4.05 pagi - ke toilet (tak payah cite la dia buat apa)
4.10 pagi - cari periuk, masukkan beras 2 pot, basuh beras dan tekan suis.
4.15 pagi - memasak dan panaskan lauk yang ada
4.30 pagi - buat air milo dan air sirap satu jag
4.35 pagi - hidangkan makanan
4.40 pagi - kejutkan suami dan anak-anak
4.45 pagi - bersahur bersama keluarga, layan itu ini, suap nasi pada anak paling kecil  
5. 15 pagi - siap sahur, kemas meja, basuh cawan pinggan
5.30 pagi - sidai baju yang dibasuh semalam
5.40 pagi - seterika baju suami, baju sendiri dan baju anak-anak untuk pergi kerja dan ke sekolah
6.00 pagi - mandikan anak dan mandikan diri sendiri
6.15 pagi - solat Subuh
6.30 pagi - siapkan suami untuk pergi kerja dan anak-anak untuk ke sekolah
6.45 pagi -siapkan diri sendiri
6.50 pagi - hantar anak ke sekolah dan terus pergi kerja
8.00 pagi - 5.00 petang - Di pejabat buat apa-apa yang patut juga main fb, buat blog, dll 
5.10 petang - balik ke rumah
5.30 petang - sampai rumah buka TV menonton 'Ketika Cinta Bertasbih' sambil kupas bawang, potong sayur dll persediaan memasak, time iklan: lari pergi solat asar
7.37 mlm - buka puasa, solat maghrib, solat isyak, solat tarawih, tadarrus
12.00 mlm - basuh baju sambil buka laptop, main fb, update blog
1.00 pagi - landing time dan buat la apa-apa yang patut andai masih terdaya
4.00 pagi - bangun sahur lagi
Begitulah kisah hidup seorang ibu dalam sehari...cuba kira berapa banyak pahala yang akan dia dapat sekiranya apa yang dilakukannya itu ikhlas dan semata-mata mengharapkan keredhaan Allah. Kalau dicampur pahala yang tersirat lagilah banyak. Justeru amat bahagialah menjadi seorang perempuan.
Terima kasih pada yang sudi membaca terutama pada wanita-wanita/perempuan-perempuan. Anda bakal penghuni syurga.




ALLAHUAKBAR, CUBA BUAT KAWAN-KAWAN YE!

Cuba buka Microsoft Word. Taipkan dalam huruf besar, Q33 NY
(no. pesawat langgar WTC). Tukar saiz font tu kepada saiz 48. Highlightkan Q33 NY tu kemudian tukar kepada font WINGDINGS. Apa yang u all nampak? Allahuakbar. Kebetulan atau dirancang?

USTAZAH NUR AMINA

Gambar Sekadar Hiasan. 
Bagi orang yang berpuasa itu mempunyai 2 kegembiraan iaitu kegembiraan ketika berbuka puasa & kegembiraan ketika bertemu dengan Allah disebabkan puasanya.(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim).
 
Semua orang pasti gembira ketika berbuka puasa. Namun lebih gembira & bahagia di kala kita semua dapat bertemu dengan Allah di dalam syurgaNya. Justeru ikhlaskan ibadah kita hanya kerana Allah & perbaikilah kualiti puasa kita agar mendapat darjat taqwa.
Terima kasih sahabat blogger yang membaca. Saya doakan anda semua bahagia di dunia & akhirat.
* amacam boleh jadi Ustazah tak?

ROH KITA TERBANG KE MANA?

Dalam keseronokan kita hidup di dunia apa salahnya hari ni kita ingatkan mati pulak. Ini kerana yang paling dekat dengan kita di dunia ini adalah mati. Mungkin belum sempat menulis ayat-ayat ni pun, kalau Allah dah takdirkan sampai ajal saya, apa lagi yang boleh dibuat. Hanya doa moga mati dalam keimanan dan sempat mengucap shahadah.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang ke mana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka..
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Mari kita sama-sama berdoa moga roh kita nanti tidak tergantung di udara tetapi menuju ke mana-mana syurga Allah.

SEGMEN SIMPLE : NAK JOIN BLOGLIST NASZ BULAN OGOS 2011

Saya nak join bloglist Nasz Bulan Ogos 2011 ni kerana saya rasa blog saya amat daif. Sudahlah kurang follower, orang pun jarang tengok dan komen. Kesiankan kat saya. Saya mak budak baru belajar, banyak lagi yang tak tahu pasal blog ni. Harap apabila orang komen saya dapat memperbaikinya. Apabila join segmen begini sekurang-kurangnya blogger lain tahu akan kewujudan blog saya ni. Terima kasih.

Sabtu, 6 Ogos 2011

AYAT-AYAT CURI DI BULAN POSA

 Apa kaitan gambar ni?...hentam je labu 
Tengah adun doh chocolate chip cookies untuk adik. Sambil chop chocolate bar sambil makan coklat. Pada pukul 2 tengahari. Oops. Lupa tengah puasa. Allah nak bagi rasa kot. :) - Nu'on L Kiddo
mia wat perangai....mengamuk xhabis dari mlm tadi...aduyai menguji ketekunan memasak n kesabaran di bulan mulia ini....xper anakku..tq bantu mummy menguji kesabran sendiri...- Suzana Alias
Cuaca hari ini sgt panas.. menguji kesabaran org2 yg berpuasa... - El Widad
Jgn bangga berkulit putih gebu kerana kulit terakhir kita ialah TANAH LIAT
Jgn bangga dgn rumah bagus dan besar kerana rumah terakhir kita ialah KUBUR
Jgn bangga dgn baju branded dan mahal kerana baju terakhir kita ialah KAIN KAFAN
Jgn bangga dgn kereta motor besar, kerana kenderaan kita yg terakhir ialah KERANDA....renung2kanlah..... - Shan Dan Din
" Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia.. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya.. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah.. Allah maha tahu siapa jodoh kita.” Ermm... betol ka statement nie. . . ? ? - Azwan Abdul Rahman
MALAS nyer nk studyzzzz.......(~_~) - Norfarahwahidah Abdul Rahman
Ayaq masih tak dak lagi...baju hantar dobi... - Nur Ashikin Ahmad
Sudah subuh lo...mean today masuk pose hr yg ke 6...hoyeeee...cuti lo...shopping2 raya... - Hafida Mazuki
Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan - Rose Marya
blik kg cam besa mmg jrang on9...tumpuan untuk family sahaja.hahaha - Ayu Ariffin
Tiap2 hr dok pikiaq nk masak apa...nak masak apa? Mak2 mmg camni ke? - Nur Amina (ayat I sendiri...hehe)
Syokkan copy paste. Mudah, senang, cepat bagi orang2 yg malas dan otak nak biul mcm I. Buat2 la lg...jgn marah kwn2...I ngaku salah dan janji nak buat lagi. Sayang u'all...mmmmuahhh...

Rabu, 3 Ogos 2011

SUKANYE DIA FOLLOW I

Mesti korang suka kalau orang yang korang minat follow korangkan. Sukenyeee...TQ pada _______ yang sudi jadi follower blog akak baru-baru ni. Rajin-rajinlah singgah dan komen ye!

MARI MENAMBAH FOLLOWER BERSAMA HANNAH TOTS

Marilah kita join segmen Mari Menambah Follower Bersama Hannah Tots. Geram tengok baby main fb tu.

NANA NAK PUASA JUGAK


Inilah Nana anak akak yang paling kecik. Sekarang Nana dalam darjah 1. Kesian akak tengok dia berpuasa. Suruh dia berbuka tapi dia tak nak. Katanya cikgu suruh berpuasa. Dah la badan kurus cekeding, nak puasa jugak. Bangun sahur dia makan sikit je, minum air pun tak habis segelas. Hari ni akak suruh dia puasa separuh hari ja, entah dia ikut ke tak? Memang la kena ajar anak-anak berpuasa dari kecik tapi akak risau takut Nana sakit perut/masuk angin. Nana ni payah sikit nak makan. Makan pun memilih. Kalau dia makan banyak tak kisah la dia nak puasa ke. Kejap lagi akak nak telefon ke rumah suruh dia makan, akak dah belikan roti dan simpan air sirap dalam peti sejuk sebelum datang pejabat pagi tadi. Betulkah tindakan akak ni? Kerana sayang akak tak bagi anak berpuasa. Nanti besar sikit baru mula puasa penuh.

Selasa, 2 Ogos 2011

AIR MATA ORANG YANG BERDOSA

Air mata orang yang berdosa lebih Allah sukai daripada tasbih para wali

WW............F

Tengok dari badan puasa setahun pun ok lagi

DI BULAN MULIA PENUH BERKAT INI

 AKU NAK BANYAKKAN AMAL IBADAT TERUTAMA SOLAT, NAK AJAK ANAK-ANAK BERIBADAT BERSAMA
TAK NAK BERBUAL KOSONG, BERGOSSIP

 TAK NAK MEMBAZIR DAN SHOPPING BELI BENDA TAK TENTU HALA
 BERTADARRUS BERSAMA KELUARGA
 BERI NASIHAT YANG BAIK PADA ANAK-ANAK, TAK MAU BERLETER PANJANG
 BERBAIK-BAIK DENGAN JIRAN TETANGGA
 RAJIN MEMASAK UNTUK JUADAH BERBUKA DAN BERSAHUR
TAK MAU BERMASAM MUKA DENGAN SUAMI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REZEKI

REZEKI

TOP 5 KOMENTAR

KOMEN LA

KOMEN LA LAGI

REZEKI

REZEKI

churp me

ads

churp me

ads

BERITA SEMASA