PEGANGAN HIDUP

Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".

REZEKI

Jumaat, 29 Julai 2011

BOLEH KAWAN DENGAN UJANG

Tak boleh marah laki...berdosa nak oiii...tak cium bau syurga..
Biarlah di dunia bau kentut dia, moga di syurga dapat bau haruman kasturi

Nasibbb...ya nasibbb...apa nak buat...sudah nasib badannn....
Nak tau kenapa akak berkeluh kesah malam ni?
Aduhhh..........mana tahan........pening kepala dong asyik dengar pruttt..puttt...prapp...pet...pap...mcm2 bunyi lagi sampai tak tau akak nak eja.
Inilah akibatnya makan segala maknika, sampai biji pun nak telan, sedap sangat ke bijik cempedak tu sampai habis seperiuk di makannya.
Sekarang ni kan musim cempedak, akak pula sangat suka makan cucur cempedak. Kemarin akak beli la 2 biji, RM 10 je, tak mahal sangat dan ulasnya amat elok, manis dan sedap sangat bila digoreng menjadi cucur cempedak...jiran bau pun mesti terliur tapi akak tak bagi pada jiran sebab jiran kiri kanan rumah akak tak ada...pergi jalan-jalan bercuti. Akak, suami dan anak-anak makan habis cucur tu dan bijinya akak asingkan untuk dibuang. Tapi belum sempat akak buang, suami akak dah ambil dan rebus biji cempedak tu. Dia makan sorang...entah berapa biji tapi rasanya banyak jugak.
Biji cempedak tu la puncanya akak pening kepala...rasa nak suruh tidur luar ja tapi ingat janji nak jadi isteri solehah tahan la jugak...aduh...adu...du..du..du..du..du..du..du boleh kawan dengan Ujang la suami akak malam ni prut...prap...prup...prap... 

Khamis, 28 Julai 2011

YANG MANA SATU IDAMAN KALBU

BEG BENTUK BINATANG TU SAYA COPY DARI BLOG HASRULHASSAN DAN BEG BODY KALER MERAH TU SAYA AMBIK GAMBAR SENDIRI WAKTU PERGI BERCUTI DI HATYAI BARU-BARU NI.
SIAPA LA YANG SANGGUP BAWA BEG MACAM NI...SUMPAH SAYA TAK SANGGUP.
YANG ADA NI PUN DAH TAK LARAT BAWA...HEHE

Rabu, 27 Julai 2011

NAK BAGI MAKAN APA SUPAYA CEPAT MEMBESAR

Dah lama ku bela tapi tak membesar juga...camne nak bagi besar sikit?...nak bagi makan apa ye?

Selasa, 26 Julai 2011

CORAK WAJAH MANUSIA DI PAPAN RUMAH


Gambar di atas ni adalah corak di dinding papan rumah mak akak di kampung...ada iras-iras macam wajah manusiakan...ada rambut pulak tu. Dah lama corak ni akak perasan. Sekarang ni corak ni masih ada tapi kat tengah-tengah (kat hidung) dah nampak hitam macam terbakar. Kuasa Allah...Subhanallah...

Isnin, 25 Julai 2011

SYOKNYE POSE

Banyak hari jugak akak tak update blog. Nak buat camne sibukkkk....memanjang. Lepas satu...satu keja yang nak kena buat. Maklum la kuli...kalau bos boleh la akak arah orang suruh buat. Sekejap ja dah nak posa. Akak dah beli stok makanan untuk berbuka puasa dan bersahur. Antara makanan yang mesti ada termasuklah ikan bilis, ikan kering, nugget, ayam goreng madu, acar limau, telur masin, telur tak masin, kurma, kordial dan sayur kering. Makanan ni ja yang membuka selera terutama waktu sahur. Kalau akak masak gulai, masak lemak, asam pedas, pindang atau masakan berkuah lain alamatnya esok dapat kat Kak 'Nah' dan Kak 'Yam' la...hehe Tanah dan Ayam la yang merasanya. Ikan goreng pun suami dan anak-anak tak suka time posa ni. Kesian ikan dok 'temenung' la sekor sekor kat pinggan, siapa pun tak sentuh. Akak pegi juga pasar Ramadhan tetapi selalunya beli murtabak atau kuih muih je. Lauk pauk akak lebih suka masak sendiri. Kalau beli mesti tak habis dimakan, tak kena dengan selera. Suami akak pun suka yang akak masak, biar simple tak apa. 

Selalunya bulan posa boss bagi balik sejam awal, thn ni tak dengar khabar lagi...entah dapat ke tidak. Kalau balik keje awal dapat la masak spesial sikit untuk keluarga. Kuih muih pun sempat buat kalau setakat cucur udang, buah melaka, ketayap, agar-agar atau puding.

Lupa nak cite...akak baru beli mesin jahit. Mesin yang lama tu akak trade in laku RM 50 je sedangkan dulu akak beli RM 370 (Tahun 1991). Sayang nak kasi kat Cina tu sebab mesin jahit tu akak beli guna wang gaji pertama akak keja dengan gomen. Tapi nak simpan pun buat menyemak rumah, dah tak boleh guna, dah karat kerana terendam selama seminggu dalam air waktu banjir besar kat Kedah tahun lepas. Dah ada mesin jahit baru ni boleh la akak jahit baju raya sendiri dan baju raya anak. Setakat baju kurung johor tu boleh la buat. Baju Melayu dan baju fesyen akak tak reti. Untuk pakai sendiri berani la buat tapi kalau nak ambik tempahan alamatnya raya tahun depan pun tak tentu siap. Suami akak pandai jahit langsir dan dia dah janji nak jahit langsir baru untuk akak. Syoknye...raya tahun ni...pasti lagi meriah kalau semuanya baru.

Syoknye posa tahun ni...InsyaAllah kita akan sambutnya pada hari Isnin. Alhamdulillah kalau dipanjangkan umur kita akan bertemu juga dengan bulan Ramadhan, bulan penuh berkat. Marilah sama-sama kita beribadah di bulan yang mulia ini. Semoga kita jumpa lagi di Ramadhan 1433 Hijrah nanti.  

Khamis, 21 Julai 2011

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JER


Saya blogger baru...baru belajar buat blog...baru tau ada follower...baru tau boleh kaya dengan buat blog
Nak follow saya...silakan, kecil tapak tangan stadium bukit jalil saya tadahkan...
Tak nak follow saya.....tak apa....saya terima dan sedar diri....cuma sedih la...huhuhu...isk...isk...waaaa...
Saya orang yang sibuk...tak boleh janji nak update blog setiap hari macam En. Ben....dapat buat satu pun jadi
Silalah baca blog saya yang tak sepertinya...maaflah andai apa yang tertulis menguris hati
Saya insan biasa...hanya mengisi masa lapang...menulis bukan kerna nama....
Terima kasih kerana sudi melawat blog saya.

Isnin, 18 Julai 2011

contest saya dan kacamata


Inilah Lyana Edris @ Lya Idma yang comel...penganjur contest saya dan kaca mata







Ini pulak orang lama seklasik gambarnya yang diberi nama Nur Amina @ Amyadria (glamer la sgt nama tu)...pangkat Untie yang nak join contest untuk dapat ramai kenalan, dapat cari calun menantu untuk 3 anak bujangnya.
Gambar ni di ambil di Sabah. Dalam perjalanan ke Gunung Kinabalu tiba-tiba bas rosak. Terpaksa la berhenti berehat di satu kawasan tanah tinggi yang cantik sangat pemandangannya. Tunggu enjin bas yang berasap tu sejuk dulu baru sambung perjalanan ke Gunung Kinabalu. Kacamata tu bukan untie punya tapi pinjam kat kawan untuk bergambar...kut2 la nampak lawa....hehe lawa la jugak, hidung sama besar dengan spek. 

Thanks pada yang sudi membaca cite untie.

WHY MY LALING BERHENTI MEROKOK

My laling sebelum kawin memang perokok. Katanya mula merokok masa form 5 lagi. Adoih...lama tu...29 tolak 17...uish 12 tahun U...tak boleh jadi ni. I memang tak suka orang merokok depan I. Belakang I bersambung puntong pun tak apa...bukan I yang nak mati dulu tapi hangpa yang akan dapat penyakit macam kat bawah ni...eeeiii....ngeri nye....





Disebabkan kasih dan sayang yang teramat sangat pada My Laling, tak mau dia dapat sakit macam di atas, nanti sapa yang susah....I...aiii... jugak....maka dengan berat hati I pergi jumpa bomoh. Bomoh ni tak la terkenal sangat pun dan dia pun hisap rokok daun (hehe bapa I la...merangkap bapa mertua My Laling). Bapa I pun baca la ayat Quran hembus kat sebatang rokok yang I curi dr My Laling. Lepas tu I masukkan balik sebatang rokok tu dalam kotaknya (susun bagi elok balik). Bila tengok My Laling hisap rokok sampai habis sekotak...I senyum ja sambil doa dalam hati...mudah-mudahan menjadi la. Tak sempat tunggu esok, malam tu My Laling mengadu sakit kepala, rasa mual, nak uwek2 (ish bunting pelamin ke, br 2 minggu kawin ni). Esoknya dia terus demam, ambik mc, seharian tidur ja hingga I pun terpaksa ambik cuti jaga dia...maklum baru kawinnn....Lepas baik demam, I tengok dia beli sekotak rokok, hisap sikit ja dan dia mengadu rokok tu tak sedap...tawar semacam je (ada rasa ke rokok tu). Lepas tu dia beli pulak rokok jenama lain...mahal sikit dari yang selalu dia hisap tu...ohhh...tidakkkk...tak boleh jadi ni! Tak menjadi ke ubat bomoh ni?
I tengok dia hisap sikit juga, tak habis sebatang pun, dua kali sedut dah terbatuk-batuk. Bagus....bagusss.
Akhirnya...Alhamdulillah...sampai hari ni...dah hampir 19 tahun kami kawin dan hampir 19 tahun juga dia berhenti merokok. Terima kasih buat ayahku yang juga sudah 5 tahun berhenti hisap rokok daun sebab kena strok. Sampai sekarang masih ramai orang datang berubat dengan ayahku walaupun selepas kena strok ingatannya makin kurang...tapi bila disuruh membaca ayat-ayat suci dia masih boleh menghafalnya.

Katakan TAK NAK pada perokok bukan pada rokok.

 

Jom join bloglist pilihan hati

JOM JOIN KAWAN-KAWAN, ADIK, ABANG, KAKAK BLOGGER SEMUA...BOLEH KITA KENAL-KENALAN

Ahad, 17 Julai 2011

APA BENDA TU? HANTU KE?

Akak musykil la, sapa2 tau tolong bgtau akak sat. Akak ni suka ambik gambar orang, pemandangan, nampak pelik sikit akak snap ja. Banyak gambar-gambar yang akak ambik (guna kamera Nikon coolpix) selalu nampak cahaya bulat-bulat terapung terutama apabila ambil waktu subuh dan waktu malam. Ada bulat yang bercahaya, ada juga yang bujur sikit, cahaya kat tengah-tengah bila zoom nampak macam mata atau macam...nk sebut pun takut (ha nun ta wau). Contoh gambar seperti di bawah ni:

Ape kebendenye....



Bila zoom nmpk mcm gini




Kat Airport pun banyak...cuba zoom nampak macam2 bentuk

Banyak lagi gambar...malas nak upload. Saja je nak tau...kut2 dapat tambah ilmu.

PERLU MEMILIH SUAMI

Akak ada sorang adik angkat perempuan yang cantik, manis, putih kuning kulitnya, dagu berlekuk, ada pulak lesung pipit sebelah kanan pipi (boleh kalau nak bayangkan tapi jangan berjejeh ayaq liuq pulak). Comel sgtlah dia secantik namanya Fatihah. Akak panggil dia Che Ah je. Che Ah selalu kongsi cite tentang diri dia dengan akak. Apa saja cite, yg baik, yg buruk, yg mengembirakan atau yang membuatkan dia sedih. 

Kelmarin Che Ah datang ke rumah, dah seminggu dia tak datang cuma sekali ja telefon bagitau dia dapat interview kerja di sebuah jabatan kerajaan. Muka dia ceria je, senyum manis memanjang. Dia bawa goreng cempedak selambak bak (dia tahu akak suka). Akak makan entah berapa biji sambil dengar dia bercerita. 

Che Ah bagitau dia dah dipinang orang. Mak Ayah dia dah setuju dan dia mengikut saja. MasyaAllah terkejut akak bila Che Ah bagitau nama dan tempat tinggal bakal suaminya tu, orang tu akak kenal sangat. Ya Allah... Che Ah...dia tu bekas penghuni Pusat Serenti dan ada HIV. Akak tahu la sebab akak pernah kaunseling dia semasa akak kerja di Pusat Serenti dulu. Dup dap dup dap jantung akak, serba salah nak bagitau, tapi akak kena bagitau jugak sbb akak sayang sangat kat Che Ah.

ALHAMDULILLAH HATI AKAK DAH TENANG, AKAK DAH BAGITAU CHE AH MELALUI TELEFON PAGI TADI.
CHE AH MENANGIS SAMBIL UCAP TERIMA KASIH.
AKAK SAYANG CHE AH...SAYANG SANGAT2
JODOH CHE AH PASTI AKAN DATANG JUGA NANTI.
INGAT JANJI ALLAH...CHE AH BAIK DAN PASTI AKAN DAPAT SUAMI YANG BAIK JUGA. 
INGAT CHE AH!...KITA PERLU MEMILIH SIAPA YANG AKAN MENJADI SUAMI KITA.  

JAHATNYA IBLIS LAKNATULLAH

Pernah tak hangpa mimpi mcm akak. Pagi td akak mimpi le...jahat bebenor le si iblis laknatullah ni. Citenye mcm ni, semlm kan mlm Nisfu Syaaban jd akak niat le nak puasa sunat hari ni. Akak ni mmg jenis bangun sahur walaupun cuma minum air je. Akak pun kunci le alarm henset kul 5.00 pg. Henset pun bunyi le tepat kul 5. Org sebelah tanya "dh pukul 6 ke?". Akak kata"dak baru kul 5, nk bangkit mkn soq". Akak bangun, buat air milo, bakar roti bubuh kaya dan makan.  Perut terasa kenyang. Lepas tu dengar azan subuh kat surau. MasyaAllah akak mimpi rupanya, akak br ja buka mata, akak tak bangun sahur pun. Jahatnya syaitan ni, dah la selalu sesatkan manusia, buatkan akak mimpi makan...dia jeles akak nak puasa la tu. Nanti dia...mari kita lawan godaan dan hasutan syaitan. Puasa dan jangan tinggal solat. Selamat beramal.    
Renungan bersama:
Pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, beribadah, dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman: Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala Aku a'fiatkannya. Adakah orang yang meminta rezeki maka Aku rezekikannya, demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh. (Al-hadis)
SELAMAT BERPUASA SUNAT NISFU SYAABAN PADA SEMUA MUSLIMIN MUSLIMAT. 

Jumaat, 15 Julai 2011

KUCING DAN KEHIDUPAN

 Tut....Cak

Salam perkongsian semua. Rasa saya semua orang tahu makanan kegemaran kucing ialah ikan. Tapi pernah tak kita tengok kucing memancing atau membeli ikan di pasar. Emm memang tak pernah kan ?
kalau ada, pasti berita ini menjadi berita yang tehangat di pasaran. Kerana mana mungkin kucing boleh memancing….jadi apa yang kucing lakukan untuk mendapatkan ikan yang diidam-idamkannya ?
Kucing akan menggesel-geselkan dirinya kepada tuannya, dan cuba memanjakan dirinya. Maka dengan belas ihsan dan kasih sayang tuannya, kucing akan diberikan ikan sebagai santapannya.
Begitulah juga dengan kita ini. Untuk mendapat kehidupan yang baik,
maka kita kena dekati TUAN kita. Siapa TUAN kita? Tuan kita ialah ALLAH SWT.
Kita mesti kenali,dekati dan cubalah ‘bermanja’ kepada-NYA. Nescaya kelak, pasti kita akan disayangi dan dirahmati olehNya. Pastinya kita akan dikurniakan rezeki yang tidak disangka-sangka.
Jangan ingat dengan hanya kudrat, segala usaha dan susah payah kita, maka kita pasti mampu mendapatkan sebarang rezeki. Rezeki tidak akan kita dapat tanpa belas ihsan dan rahmat daripada TUAN kita. Kita tidak mungkin dapat rezeki tanpa izin TUAN kita.
Lihatlah bagaimana si kucing yang dikejar dan diburu oleh tuannya kerana mencuri ikan. Walau mungkin kucing dapat ikan, tapi tuannya tidak redha, marah dan bengang padanya.
Jika itu yang terjadi..… apakah ada gunanya???
(Ima Harlina) 

Khamis, 14 Julai 2011

MAI MAI RASA


Lambat lagi nak raya tapi kuih raya dah macam-macam jenis kat pejabat. Puas rasa macam-macam jenis, sedap-sedap pulak tu sampai tak tau nak order yang mana satu. Kalau boleh nak order semua tapi time nak bayar nanti botak la kepala. Dulu waktu anak dara aku rajin sangat buat kek dan biskut raya ni tapi bila dah bekeluarga ni jadi malas la pulak. Penat tau buat biskut raya ni, Nak penuh sebalang pun susah. Tambah pulak ada anak yang 'membantu' merasa. Kalau buat bulan puasa lagi la penat, Tunggu time 'cuti' puasa buat kuih baru la syok, kuih pun sedap. 

Mai mai rasa kuih raya, aku tolong kawan jual kuih raya. Sedap sangat dan harganya amat berpatutan. Tak rugi beli punya. Dah beli pasti nak lagi. Tak percaya tanya kawan-kawan yang pernah beli. Tiap-tiap tahun mereka beli. Dah masuk tahun keenam rasanya aku tolong jual. Komisyen pun ok. Kiranya aku order kuih tu tak payah bayar la, tolak duit komisyen pun dah lepas. Best!...mai mai rasa, tak rasa rugi ooo....

"SEGMEN JOM KENAL DAN TAMBAH RAKAN BLOGGER"...


Nama panggilan Blogger         : Nur Amina
Tarikh mula berblog               : 2008, aktif bulan April 2011
Rakan blogger terkini             : 27
Target tambah rakan blogger : 100 orang

PERLUKAH KITA MENANGIS?


Adakalanya kita perlu MENANGIS
agar kita tahu hidup ini bukan sekadar KETAWA.

Bersyukur pada orang yang MENYAKITI kamu
kerana dia yang MENABAHKAN kamu.

Bersyukur pada orang yang TAK MENGENDAHKAN kamu
kerana dia yg MEMUPUK kamu BERDIKARI.

Bersyukur pada orang yg MENJATUHKAN kamu
kerana dia yang MEMPERHEBATKAN kemampuan kamu.

Bersyukur pada orang yang MENYIKSA kamu
kerana dia yang menguji KESABARAN dan KETABAHAN kamu..
sumber: EN. NAKAL


LELAKI LEBIH MACHO KALAU MENANGIS.
BETUL TAK?

Rabu, 13 Julai 2011

FENOMENA KURMA YUSUF TAIYOOB

RAMADAN sangat sinonim dengan kurma. Umat Islam disunatkan untuk berbuka puasa dengan kurma. Sebab itu ia menjadi satu kemestian ketika berbuka.
Disebabkan permintaan yang tinggi, pelbagai jenama kurma membanjiri pasaran tempatan setiap kali tiba Ramadan.
Tetapi satu jenama yang pasti terpahat diingatakan setiap rakyat negara ini ialah Yusuf Taiyoob.
Kempen pemasarannya yang agresif terutama melalui iklan di radio menyebabkan nama Yusuf Taiyoob begitu dikenali.
Ramai yang tertanya-tanya siapakan gerangan pemilik nama itu. Adakah ia sekadar jenama pada kotak kurma atau saudagar dari tanah Arab.
Yang pasti, ia bukan satu jenama baru. Kurma Yusof Taiyoob telah lama berada di pasaran negara ini.
Pemilik nama itu sendiri merupakan seorang anak tempatan yang telah 30 tahun bergelumang dan jatuh bangun dalam dunia perniagaan.
Bagi mereka yang kerap menggunakan Lebuhraya Utara Selatan menuju ke utara tanah air pasti biasa terlihat kompleks kilang miliknya di kawasan perindustrian Bukit Minyak, Seberang Prai, Pulau Pinang.
Sebuah kompleks kilang yang seluas lima hektar dengan jelas terpampang kalimah suci dua kalimah syahadah dan nama Yusuf Taiyoob Sdn Bhd di satu sudut tinggi adalah milik usahawan Datuk Yusuf Taiyoob, 51, anak kelahiran Tanjung Bungah, Pulau Pinang.
Sempena Ramadan ini, seharusnya kegigihan seorang yang bernama Yusuf Taiyoob yang kini sering digelar Raja Kurma Malaysia wajar kita semua teladani dan contohi.
Malah Yusuf sendiri meminta agar kisahnya tidak sekadar dikaitkan dengan kurma untuk mengalas perut sahaja. Beliau berharap agar umat Islam lain juga turut sama terlibat dalam aktiviti pelbagai perniagaan dan bukan sekadar bermusim.
"Umat Islam mampu melebarkan jaringan perniagaan yang tidak sekadar bermusim sahaja.
"Insya-Allah kita mampu menjadi konglomerat yang mampu bertahan dan menguasai apa juga bentuk perniagaan kerana sampai bilapun perniagaan tidak akan pernah mati," katanya.
Pada masa ini nama Yusuf cukup sinonim dengan perniagaan kurma di negara ini.
Penguasaannya dalam pasaran kurma tempatan terbukti dengan mempunyai hampir 4,000 pengedar besar dan kecil di seluruh negara.
Tetapi bagi Yusuf, masanya banyak dihabiskan di kilangnya.
Walaupun lebih dikenali kerana kurma, sebenarnya perniagaan beliau tidak terhad kepada kurma sahaja.
Terdapat hampir 200 produk lain turut diusahakan beliau dengan pasarannya meliputi seluruh negara.
Antaranya, bertih jagung yang diimport dari Argentina, madu lebah dari Iran dan sabun ayurverdik dari India.
Malah beliau turut mengimport badam dari Amerika Syarikat dan pelbagai jenis rempah dari Malawi.
Bilik sejuk yang terdapat di kilangnya di Bukit Minyak itu mampu memuatkan 7,000 tan barangan makanan pada satu-satu masa.
Simpanan dalam bilik sejuk gergasi itu turut meliputi bunga cengkih yang diimport dari Madagascar di samping lada hitam dari Vietnam.
Pelbagai rempah ratus lain turut memenuhi bilik sejuk itu termasuk buah pelaga, bunga pelaga dan kayu manis.
Yusuf memberitahu, syarikat-syarikat memproses rempah tempatan dan terkenal banyak mengambil bahan rempah daripadanya.
Jelas sekali Yusuf tidak sekadar menguasai pasaran kurma di negara ini malah pelbagai jenis produk makanan sehinggalah kepada produk jagaan kesihatan.
(Utusan Malaysia)

WW #1

Selasa, 12 Julai 2011

RAGUT DAN SELUK SAKU...MASIH TRAUMA


Baca kisah seorang nenek kena tumbuk dan di tendang oleh peragut hari ini membuatkan aku sedih. Trauma kena ragut tahun 2006 dulu di Pandan Indah, KL masih ada. Sekarang kalau berjalan kat mana-mana, aku galas handbag, kepit kuat-kuat bawah ketiak sambil tangan pegang talinya kuat-kuat juga. Mata pula liar tengok orang sekeliling, curiga ja nampak orang, tambah-tambah nampak orang lelaki yang berserabut, muka tak hensem (sori la buat lelaki yang terasa). Waktu kena ragut dulu, Alhamdulillah aku cuma luka di tangan, jatuh terlentang tapi kepala tak terhempas kat jalan bertar tu. Kalau tidak pasti dah arwah la...Habis lebam tangan sebelah kanan sebab peragut tu sentap kuat handbag sambil tarik aku dari atas motornya. Beraninya peragut tu sebab waktu kejadian, ada ramai orang dan aku juga sedang berjalan balik ke rumah dengan kawan-kawan. Aku pulak jalan paling depan dengan 'lenggang mak limah', secepat kilat beg diragut jatuh terlentang sampai kain terangkat ke pinggang. Malunya aku...sampai kini teringat-ingat, parut luka di tangan pun masih ada. Banyak juga kerugian yang aku tanggung akibat kehilangan handbag tu. Dah la harga dia mahal, baru beli pulak, di dalamnya ada macam-macam (lebihkurang macam kocek doraemon). Segalanya hilang sekelip mata dan untuk mengantikannya mengambil masa bertahun.

Kali kedua aku kena seluk saku pulak di sebuah pasaraya di Alor Setar. Waktu tengah shopping baju raya anak-anak, ada pulak hamba Allah yang ambil kesempatan. Alhamdulillah waktu dia curi purse tu aku dah selesai membayar barang-barang yang dibeli. Kalau tidak menangis tak berlagu la nak bayar barang-barang yang penuh troli tu. Sebelum kejadian aku dah perasan seorang lelaki tu nampak mencurigakan, duduk dekat-dekat dengan aku, buat-buat berlanggar bahu. Tapi dah ramai orang, sibuk nak ukur baju kat anak jadi terleka dan tidak berhati-hati. Lepas sedar purse hilang, aku jumpa pengawal keselamatan kat pintu masuk maklumkan perkara tu dan dia minta aku tinggalkan no. telefon. Tak sampai sejam aku dapat panggilan yang purse aku dijumpai oleh mak cik cleaner dalam toilet lelaki tingkat 1. Alhamdulillah hanya duit yang dia ambil. Rugi dalam RM 200 je.

Harapan aku semoga kedua-dua orang yang meragut dan seluk saku tu insaf dan kembali ke pangkal jalan. Apa yang telah berlaku pada aku itu aku terima dengan redho dan ini ujian dari Allah dan mungkin ini dapat menghapus dosa-dosaku sama ada aku sedari atau tidak.

Nak tahu lebih lanjut berita nenek kena ragut baca Kosmo 12 Julai 2011

KOTA BHARU – Kegembiraan seorang wanita yang baru seminggu bergelar nenek untuk melawat anak dan cucunya bertukar malang apabila dia cedera parah selepas terjatuh ditendang peragut yang meragut beg tangannya ketika menunggang motosikal di Lundang di sini kelmarin.
Akibat kejadian itu, pembantu taman asuhan kanak-kanak (Taska), Che Rahimah Dollah, 44, yang dalam perjalanan ke rumah anaknya di Telipot patah tangan kanan, patah sebatang gigi, cedera di kepala dan terpaksa menerima 10 jahitan.
Dalam kejadian pada pukul 7.15 pagi di Jalan Yahya Petra berhampiran Kompleks Balai Islam di Lundang, Che Rahimah telah diragut oleh dua lelaki menunggang motosikal yang telah mengekorinya.
Sebaik terjatuh dari motosikal, mangsa terus pengsan sebelum dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
Ketua Polis Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, sebelum kejadian mangsa yang menunggang motosikal berseorangan dari arah Kubang Kerian dipercayai telah diekori dua lelaki bermotosikal selepas suspek melihat beg tangan mangsa diletakkan dalam raga motosikal.
“Semasa suspek cuba merampas beg tangan dalam raga, mangsa cuba menarik balik beg tangannya itu.
“Geram dengan tindakan mangsa yang tidak mahu melepaskan beg tangan itu, suspek yang membonceng motosikal itu kemudian menumbuk mangsa sebelum menendang pula motosikal mangsa menyebabkan mangsa terjatuh dan pengsan,” kata beliau ketika ditemui pemberita semasa melawat mangsa di HRPZ II petang semalam. (Sumber: Kosmo)

KOPI MELEMAHKAN BADAN

 
Rahsia atuk ni kekal sihat hingga berusia 100 tahun ialah TIDAK MENGAMBIL MAKANAN BERGORENG DAN TIDAK MINUM KOPI. 

KOPI MELEMAHKAN BADAN......BETUL KE?

ARAU - Seorang warga emas di sini yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-100 bukan sahaja masih kuat bekerja malah mampu berjalan kaki sejauh lima kilometer sehari mengalahkan orang muda.
Saad Jasin memiliki rahsia tersendiri untuk kekal sihat walaupun usia sudah lanjut iaitu dia tidak mengambil makanan bergoreng dan tidak minum kopi.
Kelmarin insan istimewa itu diraikan oleh anggota keluarganya seramai 76 orang di rumahnya di Kampung Paya Guring dekat sini.
Majlis berlangsung cukup meriah termasuk acara memotong kek dan pulut kuning oleh insan berkenaan.
"Saya tidak pernah makan makanan bergoreng dan minum kopi kerana ia melemahkan anggota badan dan tulang.
"Saya hanya makan nasi berlauk dan minum air kosong dan teh sahaja setiap hari.
"Bagi mengelak badan jadi bongkok, saya bangun pagi dengan duduk perlahan-lahan sebelum berjalan.
"Elak bangun dengan keadaan tergesa-gesa yang boleh mengejutkan tulang kita," katanya pada pemberita di sini semalam.
(Sumber: Kosmo 12 Julai 2011)

PESAN MAK BIDAN

URUT MENGGUNAKAN ULAR

Aku terpaksa ambik cuti kecemasan hari ni, baru semalam anakku Aina Adriana bagitau cikgu suruh waris hadir Hari Anugerah Cemerlang Sekolah. Mulanya aku tak mahu pergi tapi tengok dia macam dah nak merajuk, aku janji akan pergi lewat sikit. Aku gagahkan juga pergi jam 8.30 pagi walaupun waktu itu aku sakit perut, cirit birit dah 5 kali keluar masuk toilet. Pil Chi Kit Teck Aun Cap Burung Rajawali dan Menara Kuil dah sepaket aku telan tapi tak menjadi. Dah la sakit perut, perut kosong masuk angin, kepala pun mula la pusing semacam. Masa menunggu Aina nak ambil hadiah, aku rasa macam nak pitam. Bersandar je kat kerusi dengan muka pucat. Sampai giliran Aina, rupanya waris juga kena naik ke pentas temankan anak ambik hadiah dan waris diberi bunga telur. Terpaksa la aku jalan pelan-pelan, Alhamdulillah tak jadi apa-apa, dibuatnya aku pitam atas pentas, masuk berita utama la esok "Ibu Pitam di Hari Anugerah Cemerlang Anak".

Selesai bab Hari Anugerah tu, tiba-tiba waktu bangun dari kerusi, urat pinggang pulak 'meletup'. Ya Allah sakitnya sampai tak boleh bernafas dengan betul dan nak tunduk pun tak boleh. Macammana sakit sekalipun aku kena drive sendiri jugak balik rumah. Dengan kekuatan yang ada Alhamdulillah aku sampai juga ke rumah. Apalagi cepat-cepat sapu minyak panas dan cuba berbaring. Sakit tetap tak hilang, akhirnya aku telefon Mak Bidan minta datang tolong urutkan aku. Mak bidan kata aku kurang exercise, banyak duduk je main facebook dan berblog (fb dan blog tu aku terasa sendiri), urat-urat dah masuk angin, peranakan tak betul...bla...bla...bla....Mcm2 mak bidan berleter kat aku. Dia pesan jangan makan benda-benda berangin (kipas angin kut). Bangun pagi kena senaman lunjur kaki dan tunduk sampai lantai. Aku nak bongkokkan sikit pun dah sakit, keras badan. Mak bidan pesan jangan makan nasi malam (maksud dia dinner la tu), tak elok, badan lemah. Laaa...dah lapar nak buat macamana. Spesis nasi tak boleh nak buat apa. Tak makan nasi sehari tak boleh duduk. Dah kena berleter dekat 2 jam, nak balik dia pesan lagi jangan main air lepas mengurut (tak boleh mandi ke?). Lepas tu baru dia bagitau boleh mandi tapi seeloknya mandi air panas lepas 2 jam mengurut. Garu kepala aku ingatkan jam 8 mlm baru boleh mandi....

p/s: Aku buat nasi goreng mlm ni, mkn sepinggan je....tak dengar pesan mak bidan
      Aku mandi tadi pukul 7 mlm dengan air sejuk je...tak dengar lagi pesan mak bidan
      Aku duduk lama mengadap laptop main fb, berblog...tak dengar juga pesan mak bidan

     * GAMBAR BERURUT DENGAN MENGGUNAKAN ULAR TU BUKAN GAMBAR AKU YE!     

Isnin, 11 Julai 2011

! kotak bulat menulis !: Segmen Promote Blog

! kotak bulat menulis !: Segmen Promote Blog

http://amyadria.blogspot.com/2011/07/tarikh-saya-aktif-semula-dalam-dunia.html

Join jugak, Selamat Datang Blogger
tarikh saya aktif  semula dalam dunia blog:
Bulan April 2011.

follower saya ada seramai:
23 orang je sebab baru tahu buat kotak follower


nak join klik banner di atas ye!

Bestnya Blog Ni ...



Nak tahu apa yang best kat blog saya ni? Blog SS....syok sendiri...hehe dah tulis baca sendiri. Ada lagi yang best...nak tau ke?
............................

...........................

Baca la baru tau kat mana best...follow me...kesian sangat........kan...kan.......tak kesian ke?

Ahad, 10 Julai 2011

DAH HABIS GANTI PUASA?

Alah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagai mana diwajibkan atas orang-orang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertakwa.”

Sekiranya seseorang tertinggal beberapa hari puasa di bulan Ramadan, maka hendaklah dia menggantikannya sebelum tiba Ramadan yang baru. Dalam sebuah hadis yang riwayat al-Bukhari dan Muslim, daripada Aisyah r.a berkata: “Aku masih berhutang puasa Ramadan dan aku tidak dapat menggantikannya sehingga Syaaban tiba dan itu adalah kerana sibuk melayani Rasulullah SAW.”

Menurut al-Hafiz Ibn. Hajar rhm: “Keinginan Aisyah yang tinggi untuk berpuasa pada bulan Syaaban adalah kerana syarak tidak membenarkan menangguhkan ganti puasa sehingga Ramadan yang baru tiba.

Seseorang yang melengahkan ganti puasa terbahagi kepada dua golongan. Golongan pertama, iaitu golongan yang berlengah atas alasan yang sah di sisi syarak seperti sakit yang berpanjangan. Jika keadaan ini berlaku, maka seseorang itu boleh menggantikan puasa walaupun selepas Ramadan yang kedua.

Golongan yang kedua pula adalah golongan yang tidak mempunyai alasan untuk melengahkan perkara itu.

Contohnya, dia berupaya menggantikan puasa tetapi tidak melakukannya sebelum Ramadan baru bermula dengan sengaja.

Golongan kedua ini berdosa kerana gagal menggantikan puasa tanpa alasan yang sah. Kalangan ulama bersepakat bahawa dia hendaklah menggantikan puasa.
Namun mereka berbeza pandangan sama ada dia kena menggantikan puasa di samping membayar fidyah atau tidak.

Imam Malik, Syafi’I dan Ahmad berpendapat bahawa mesti membayar fidyah di samping menggantikan puasa. Pandangan ini berdasarkan riwayat daripada beberapa orang sahabat seperti Abu Hurairah dan Ibnu Abbas RHM.

Imam Abu Hanifah pula berpendapat bahawa tidak perlu membayar fidyah. Cukup hanya menggantikan puasa. Ini berdasarkan firman Allah SWT yang memerintahkan agar orang yang tidak berpuasa, hendaklah menggantikannya sebagai dalil. Ayat ini tidak menyebutkan tentang pembayaran fidyah kepada orang miskin. Itulah pendapat yang dipegang beliau.

Imam al-Bukhari RHM. memilih pandangan yang kedua. Beliau berkata dalam kitabnya Sahih al-Jami’: “Ibrahim al-Nakha’i berkata bahawa jika seseorang lalai (tidak menggantikan puasa yang ditinggalkan) sehingga Ramadan baru, dia hendaklah menggantikan hari-hari yang tertinggal bagi kedua-dua tahun. Tetapi dia tidak berpendapat perlunya membayar fidyah bagi setiap hari yang tertinggal.

Ada juga petikan mursal daripada Abu Hurairah dan ibnu Abbas yang berkata bahawa dia perlu membayar fidyah.

Kemudian Imam al-Bukhari menyebut: “Tetapi Allah tidak menyebut mengenai membayar fidyah kepada orang miskin (melalui firman-Nya).”

Oleh itu, apa yang wajib ialah menggantikan puasa saja tetapi jika seseorang ingin lebih selamat dengan membayar fidyah di samping menggantikan puasa, itu lebih baik.

Jika anda melambatkan ganti puasa tanpa sebarang alasan, anda hendaklah bertaubat kepada Allah dan bertekad tidak akan mengulangi kesilapan ini akan datang. Demikianlah, wallahua’lam.
(Sumber: Berita Harian)

Sabtu, 9 Julai 2011

NAK HILANG MIANG

Dah nak dekat bulan puasa ni. Selalunya waktu berbuka puasa ramai orang suka makan nasi ulam dan sayur keladi. Batang keladi ni sedap kalau dibuat sayur campur isi ikan atau sayur lemak. Tapi masalahnya miang batang keladi ni kadang-kadang melekat di tekak. Macamana nak garu sebab gatal kat dalam. Ok ada petua nak hilangkan miang ni iaitu dengan membuang kulit batang keladi sehingga tiada yang tersisa dan rebus selama 5 minit, buang air rebusan sebelum di buat sayur. Senang je nak hilang miang batang keladi ni kan. Satu lagi petua orang tua ialah ketika mengambil batang keladi, tubuh badan kita jangan melindungi bayang kita sendiri, kalau lindung bayang, akan gatal la tekak kita nanti. Oleh itu sebelum membeli batang keladi kat pasar tu tanya dulu peniaga tu sama ada waktu ambil keladi ni lindung bayang ke tidak. Ok selamat membuat sayur keladi dan semoga takde yang gatal2 bulan posa ni ye!

Khamis, 7 Julai 2011

" BRO , KASI KRITIK BLOG GUA SKIT , BLEH ? "


" BRO , KASI KRITIK BLOG GUA SKIT , BLEH ? "
TQ BYK2 YA BRO. ADA LORI ADA BAS..................

LAMA DAH AKU BUAT BLOG TAPI TAKDE ORANG NAK MAI SINGGAH. INGAT SENANG JE BUAT BLOG, RUPANYA SUSAH OOO...ORG SUKA BACA BLOG BRO NI JE, AKU PUN SUKA, DH LEBIH 50 KALI KUT AKU ZIARAH (TOLONG JGN PERCAYA)

INGAT SENANG KE NAK SURUH SIFU KOMEN...JGN2 SEBELAH MATA PUN DIA TAK PANDANG........NAK BUAT MCM MANA....SYOK SENDIRI LA AKU JWBNYA....HMMM......

Rabu, 6 Julai 2011

APA YANG ANDA FIKIRKAN?

ANTARA YANG DIFIKIRKAN OLEH KAWAN-KAWANKU DAN DICORETKAN DI DALAM FACEBOOK MEREKA.
DIAM adalah ibadah tanpa susah payah, DIAM adalah perhiasan tanpa berhias, DIAM adalah kehebatan tanpa kerajaan, DIAM adalah benteng tanpa pagar, DIAM adalah waktu istirehat bg kedua malaikat pencatat amal dan DIAM dpt menutupi segala aib.. (Tunku Fairus)
"TUHAN akan sentiasa meyebelahi orang-orang yang benar dan teraniaya....bagi yang menganiaya dan salah akan mendapat pembalasan yang lebih teruk dari apa yang dilakukannya".....segala-galanya ku berserah dan redho dengan ketentuanNya moga diberi sedikit kekuatan untukku menghadapinya dengan tabah....(Suryati Said)

Petang nih nak race guna keta "kuning" harap2 polis tak tahan...(Sharudin Senapi)

aku sangkakan panas hingga ke petang...rupanya panas di tengah hari.... so, jgn harapkan kegembiraan itu akan berpanjangan yer linn...salah dri sndri gak.. xpa...pengajaran...(linn nazlin)
Kita kena yakin dgn Allah. jgn guna perkataan jika,kalau,risau & takut tapi ganti dgn syukur, insyaAllah , bahagia & lain2 kata positif (siti zalefah)

poning!!!!!poning!!!! hari koperasi dah selesai, hok tak selesai lagi laporan yang nak hantar ke angkasa.....kepala pun dah macam dok di angkasa melayang..layang...(HAZLINDA ISMAIL)

waaah serabutnya kepala. makin diuntai makin bersimpul.(Nu'on L.Kiddo)
JANGAN MARAH YE KWN2.......SAJA SHARE SBB SAYA TAK TULIS APA2 PUN KAT FACEBOOK HARI INI. MALAS NAK BERFIKIR LE....HEHE

TUNGGANG TEBALIK

APA KENA SETTING BLOG AKU NI? HABIH SEMUA LARI DOK BAWAH. TOLONGGG....
DIA MERAJUK KUT PASAI AKU MALAS UPDATE ATAU PASAI TAK RAMAI FOLLOWER.
DAH CUBA DEKAT 10 KALI SETTING BALIK, DIA TAK MAU NAIK KE ATAS.
SAPA TAU MACAMMANA NAK BUAT
TOLONG LA MAK CIK NI NAK OIII....

Selasa, 5 Julai 2011

BORING GILO

muka boring nih! hisap rokok...nak bunuh diri

Dah 3 hari aku cuti rehat. Rasa bosan pulak apabila bercuti dan duduk sorang2 kat rumah. Tak tahu nk buat apa. Kemas rumah sudah, sidai baju sudah, nak masak awal lg, nk sambung tidur tak mengantuk la pulak, nak tengok Tv takde cite best, jd baca je blog orang sambil main facebook. Cuti tahunan aku banyak lagi, nk habiskan 33 hari sampai hujung tahun...byk tu, bwk ke pencen pun masih ada baki. Kalau la cuti dpt dijual beli, nk aku jual kat korang yang sengkek cuti...kesian kawan2 yang cuti dh sampai tahap hidung, buat OT tp tak claim duit tp claim cuti... kesiannnn... kan... kan...hehe. Sori pada yang terase, mmg aku nk bg terase pun....

Sabtu, 2 Julai 2011

KENAPA KAU PERGI

ADAT DUNIA, LEPAS SATU, SATU LAGI PERGI DAN PASTI ADA YANG AKAN PERGI LAGI. AKUKAH ITU? ATAU DIA DIA DIA........................
WALAU KE MANA SAJA KITA PERGI INGATLAH PADA KENANGAN PAHIT MANIS
YANG PATAH TELAH TUMBUH
YANG HILANG TELAH BERGANTI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REZEKI

REZEKI

TOP 5 KOMENTAR

KOMEN LA

KOMEN LA LAGI

REZEKI

REZEKI

churp me

ads

churp me

ads

BERITA SEMASA