PEGANGAN HIDUP

Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".

REZEKI

Isnin, 27 Jun 2011

ALLAH WON'T ASK







"Allah won't ask what your highest salary was, He'll ask if u compromised your character to obtain it..."

"Allah wont' ask what your job titled was, He'll ask if u perfomed your job to the best of you ability..."

"Allah won't ask how many friends you had, He'll ask how many people to whom your were a friend..."

Ahad, 26 Jun 2011

ADA GAYA ADA RAHSIA


Gaya tidur anak-anakku.

ANTARA RAHSIA GAYA TIDUR YANG PERNAH AKU TERBACA DALAM RUANGAN PETUA ORANG MELAYU:

Janin dalam kandungan
Digambarkan sebagai seorang yang tabah dari segi luaran, tetapi begitu sensitif. Seorang yang pemalu, apabila bertemu seseorang buat kali pertama, tetapi lama-kelamaan relaks.Bilangan wanita tidur dengan cara ini dua kali ganda lebih banyak, berbanding lelaki.

* Batang balak
Orang yang tidur seperti ini tergolong dalam kelompok mereka yang tidak serius dan gemar bersosial.Mereka mudah diperdayakan kerana mudah percaya pada orang yang tidak dikenali.

* Mengiring dan tangan menghala ke depan
Seorang yang terbuka, tetapi sinikal dan mudah sangsi terhadap orang lain. Lambat membuat satu-satu keputusan, tetapi, sukar mengubah keputusan yang telah dibuat.

* Tentera
Tergolong sebagai pendiam, tidak banyak bercakap untuk melahirkan idea atau perasaannya. Mereka juga tidak suka heboh-heboh tentang sesuatu perkara, tetapi pada masa yang sama meletakkan diri pada satu piawaian yang tinggi.

* Jatuh bebas
Mudah berkawan dengan sesiapa saja dan suka bertindak melulu. Perasaan mereka mudah tegang dan cepat tersinggung. Biasanya, mereka juga tidak suka dikritik atau situasi yang ekstrem.

* Tapak sulaiman
Mereka boleh dijadikan kawan kerana selalu sedia menjadi pendengar yang baik dan sentiasa membantu jika perlukan pertolongan. Secara umum, mereka tidak suka jika menjadi perhatian orang lain.

Rabu, 22 Jun 2011

Khamis, 16 Jun 2011

DARI MATA TURUN KE HATI


Alahai mataku jadi ketumbit lagi. Dah lama tak naik ketumbit ni, hari ni timbul pulak di bwh kelopak mata kanan. Tak selesa nak tgk TV dan laptop ni. Kata pakar mata, ketumbit selalu jadi kat budak-budak, ni jadi kat mak budak, ape keheinye. Sakit ni, dh bengkak, muka dah tak cun. Eh! selama ni aku perasan cun la. Tapi gambar tu bukan mata aku tapi sekadar hiasan. Kalau aku ambik gambar aku sekarang dan letak kat blog ni sahih siapa pun takkan minat lagi kat aku. Eh! aku ada peminat ka? Camne nak bagi cepat hilang ketumbit ni? Baru aku tahu sebab jadi ketumbit ialah kerana kelenjar minyak dekat mata ni tersumbat dan senang berlaku jangkitan kuman. Sebab tu kelopak mata jadi merah dan bengkak. Nak kena pergi klinik ke tak? Kata pakar mata, ia boleh baik sendiri tapi ambil masa la. Malu la nak pergi kerja esok. Nak pakai spek mata hitam, nanti orang ingat bini S. Jibeng pulak. Ya Allah, sembuhkanlah segera. Ini mungkin balasan dosa-dosaku. Aku reda.

p/s: ketumbit takde kena mengena dengan aktiviti mengintai/mengendap/skodeng org mandi ye! Jgn tuduh aku yang bukan2, aku tak pernah intai orang, orang je suka mengintai aku...

Isnin, 13 Jun 2011

ANDAI MATA TERPEJAM


Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita
Tetap indah selagi kau masih percaya

Tertawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus yang berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

Bukalah matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya

APA ADA DENGAN ANGKA

ANAK KE 8 DALAM KELUARGA...10 ADIK BERADIK U

PENGIKUT = 8 ORANG DAH...HEHE SYOK SENDIRI

PAPARAN HALAMAN = 888...OK LA TU

PLET KETA = 8 _ _ _...KETA PALING KECIK KT M'SIA

DAH 18 TAHUN KAWIN...FEWITTT

BERAT = _8.....AGAK2 LA

ESOK MASUK KEJA = PUKUL 8...BIASA LA KEJA GOMEN

SELALU SOLAT MAGHRIB PUKUL 8...SELEPAS DILETERI EN. HUBBY

BYK LG YG BERKAITAN ANGKA 8 NI...TP DISBBKAN SKRG JAM DAH MENUNJUKKAN ANGKA 3.08 MINIT PAGI MAKA KAMI RAKYAT MALAYSIA BERIKRAR NK MASUK TIDUR DULU...SBB INGATKAN ESOK JAM 8 MASUK KEJA...PUNCH CARD MERAH KARANG...MENGADAP BOS MINTAK SAIN...TQ BOSSSS.....

ISTERI & IBU YANG BAIK












KOTA BHARU: Layanan isteri yang baik terhadap suami tidak wajar disamakan sebagai layanan pelacur kelas pertama, kata Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Jumaat, 10 Jun 2011

BANYAK GAMBAR TAK CANTIK EH!

BLOG AKU TAK RAMAI IKUT SEBAB BERSERABUT, BANYAK GAMBAR, NAMPAK MENYEMAK JA. BETUL KE? AKU PUN TERASA BILA DENGAR ORANG KATA MACAM TU KAT AKU TAPI NAK BUAT MACAM MANA...AKU SAYANG SANGAT-SANGAT SEMUA GAMBAR DAN TULISAN AKU TU. DARI TAHUN 2008 AKU BUAT BLOG NI, TAHUN 2009 AKU TAK BUKAK, LUPA SEKEJAP, BUKA BALIK TAHUN 2010, UPDATE LA SIKIT-SIKIT, TAHUN 2011 BARU BUKA MATA, BARU PANDAI TAMBAH ITU INI, PANDAI BLOG WALKING, BARU TAU ADA BANYAK BLOG YANG BEST, WARNA WARNI, SYOK BACA BLOG ORG SAMPAI TAK SEMPAT UPDATE BLOG SENDIRI. TERBACA ADA TUTORIAL UNTUK BUAT BLOG RUPANYA. AKU CUBA LA, NAMPAK APA ADA DI BLOG ORANG, AKU PUN NAK, TAMBAH ITU TAMBAH INI SAMPAI LAGI NAMPAK SERABUT, MACAM BILIK TIDUR TIKUS JADINYA. ADOYAIII...NAK BUANG AKU SAYANG, RASA NAK BUAT BLOG BARU TAPI BUAT BUANG MASA JA....AKU SYOK SENDIRI JA SELAMA INI. BUAT BLOG BACA SENDIRI, TAK ADA SORANG PUN TERINGIN NAK BACA. BARU 6 ORANG FOLLOW AKU, TU PUN AKU KENAI 2 ORANG JA, NK FOLLOW BALIK MEREKA, AKU TAK TAU PULAK CARANYA...NANTI LA AKU BELAJAR LAGI.

P/S: NAK KENA BERENTI MENULIS SBB LAKI DAH JERIT SURUH SUAP NASI KAT ANAK

AKU DISERU DAN AKU JUGA INGIN MENYERU





Marilah bangsaku kita kembali kepada kehidupan Islam yang sebenar, kita tidak perlu menjadi ustaz, ustazah, imam atau kadi untuk menjadi 'islamik', tetapi cukuplah kita mengamalkan akhlak Islam dalam kehidupan kita seperti mengambil berat hal-hal yang wajib seperti solat, menutup aurat, tidak memftnah, tidak rasuah, banyak membaca Al Quran, rajin menghadiri majlis-majlis ilmu di masjid atau surau dan sebagainya.

IQRA' BACALAH





KENAPA RAMAI ORANG TERUTAMA ORANG MELAYU KURANG MEMBACA MALAH ADA YANG TAK SUKA MEMBACA LANGSUNG SEDANGKAN MEMBACA DAN MENCARI ILMU ITU SANGAT-SANGAT DI TUNTUT OLEH AGAMA.

UNTUK MENDAPAT ILMU KITA PERLU RAJIN MEMBACA. BACALAH APA SAJA DAN ISIKAN MASA LAPANG ANDA DENGAN MEMBACA. MEMBACA MENAJAMKAN FIKIRAN. ORANG YANG RAJIN MEMBACA DAN PENUH ILMU DI DADA TIDAK AKAN NYANYUK WALAU USIA TELAH LANJUT.

MARILAH SAMA-SAMA KITA MEMBACA. BACA BLOG JUGA BAGUS UNTUK MENAMBAH ILMU. TIDAK SEMESTINYA KITA KENA MEMBACA BUKU-BUKU ILMIAH SAHAJA.

MARI BACA BLOGKU. ANDA IKUT SAYA...SAYA AKAN IKUT ANDA.
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA.

Rabu, 8 Jun 2011

FROG



SAMA-SAMA KITA RENUNGKAN DAN JADIKAN PANDUAN

ANAKKU AINA ADRIANA









Anakku Aina Adriana sangat rajin. Balik ja dari sekolah terus siapkan kerja sekolah. Malam pulak buat latihan dan hafal sifir. Baru darjah 1 tapi dah nak cuba buat latihan UPSR abang dia. Ibu mana yang tak bangga dapat anak yang ada kemahuan untuk belajar. Dah dua kali peperiksaan semua subjek dapat markah 100%, cuma satu tu dapat 98% kerana cikgu nampak ejaan dia silap, dia tulis huruf r tapi mungkin cikgu nmpk mcm v, cikgu pangkah le. Waktu umur dia 4 tahun dia dah cuba buat kad hari jadi dan hari ibu untuk aku. Cuti sekolah ni pun aku nmpk dia buat satu lagi kad tapi belum siap diwarnakan. Aina anak yang baik, tak banyak kerenah, senang mak bela dari kecik sampai skrg...mohon doa moga Allah kurniakan kesihatan yang baik pada Aina dan jadikan Aina anak yang solehah dan membahagiakan mak & abah. Mak sayang Aina juga sayang semua anak-anak mak... Azim, Aliff dan Luqman. Terima kasih Ya Allah kerana berikan aku cahayamata di dunia ini dan aku mengharapkan NurMu di dalam hatiku yang masih kelam dan suram...aku sedang berusaha untuk menjadi yang lebih baik dan terbaik...InsyaAllah...

Isnin, 6 Jun 2011

KAHWIN KAWIN KHAWIN





Sori la...lama (beberapa hari jugak la) aku tak update blog. Kerja banyak siang malam sampai tak sempat. Tapi sibuk bukan alasan, sebenarnya aku malas, kalau rajin pasti boleh. Ni "apa pun tak boleh" (pinjam ayat kumpulan jambu). Dulu malas sebab tak ada pengikut. Ni dah ada 5 orang, ok la tu, terima kasih pengikut-pengikutku...hehe.

Sebenarnya aku nak cerita pasai kenduri kawin. Cuti sekolah ni kenduri saja-saja. Aku pun dah gantung periuk, kenduri banyak sangat, satu hari ada 3 jemputan, habih kurang pun mesti ada satu. Syoknya sebab banyak kenduri, banyak merasa, rezeki murah. Mudah-mudahan orang yang memberi makan pada orang lain bertambah-tambah lagi rezekinya. Yang bestnya lauk kenduri ni ialah ada gulai daging berlemak. Aku paling suka, ceduk lemak setengah pinggan. Memang aku tau lemak tak elok untuk badan tapi dah my favourite, tak tahan dugaan. Mulut ja sebut nak pantang, tak mau makan banyak lemak tapi bila dah di depan mata...pantang nampak la jawabnya. Dah seminggu asyik makan kenduri, lemak dah berlinang-linang, jadi aku pergi la Mayfair. Setelah 8 bulan tak ke situ, akhirnya mesin penimbang menunjukkan angka.....terkejut beruk aku, naik 4 kg. Setelah dipecahkan lemak yang dah nak tepu, harap-harap turun la setahil dua.

Balik pada cerita kahwin. Syoknya kawin...kan...kan. Jadi pada yang sudah ada pilihan hati, mengapa harus tunggu lama-lama. Duit boleh dicari, kalau melepas siapa yang rugi. Selamat pengantin baru pada yang berkahwin kawin khawin masa cuti sekolah ni. Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REZEKI

REZEKI

TOP 5 KOMENTAR

KOMEN LA

KOMEN LA LAGI

REZEKI

REZEKI

churp me

ads

churp me

ads

BERITA SEMASA