PEGANGAN HIDUP

Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".

REZEKI

Selasa, 24 Mei 2011

TEMAN KETAWA & MENANGIS








TAK MUNGKIN KITA DAPAT HIDUP BAHAGIA DAN GEMBIRA TANPA TEMAN-TEMAN DI SISI
SAYA SAYANG SEMUA KAWAN-KAWAN SAYA

Isnin, 23 Mei 2011

RAMAINYA

IBU - FATIMAH BT. MAT
BAPA - OTHMAN B. HAMID

ANAK - 10 ORANG - SEMUA MASIH ADA
1. HALIJAH
2. HALIB
3. MASHITOH
4. MAZUKI
5. ABDUL ROHIM
6. BARKEH
7. BARZAH
8. AMINAH
9. AMIR
10. JAMILAH

MENANTU - 10 ORANG
1. MAHMUD - MENINGGAL DUNIA
2. WAN NORAIN
3. ISMAIL
4. NASERAH
5. FARIDAH
6. SAIFUL AZIYAN
7. MOHD AZAM
8. IDRIS
9. MARINA
10. JOE

CUCU - 42 ORANG 

1. MASTURA
2. HISYAM
3. MOHSIN
4. NUR HANIM
5. SHANAZ RADZIAH
6. MOHD FADZIL
7. NUR AWANIS
8. MOHD MAHAYUDDIN
9. AZIZ         ) KEMBAR -MENINGGAL DUNIA
10. AZIZAH )
11. ZUL AZRI
12. ZUL IKHRAM
13. MOHD. FARIZAN
14. MOHD. ROSYAIDI
15. MURSYIDAH
16. NORASHIKIN
17. NORAZEAN
18. NORAZILLA
19. MOHD RASHEEDY
20. NUR HAFIDA
21. MOHD. MASRUL MAZWAN
22. NURHASNIMA
23. SOLEHAH - MENINGGAL DUNIA
24. MOHD ZHAFRAN
25. MOHD HELMI
26. NUR AMIRAH
27. NUR ATIKAH
28. SITI HAZWANI
29. SITI SHAKIRAH
30. SAIFUL MUSTAKIM
31. SITI BATRISYA
32. NUR AKMA NAWARRAH
33. MOHD MUHAIMIN
34. NUR UMAIRAH
35. ERNA LIYANA
36. MUHD. AMIRUL AZIM
37. MUHD AMIRUL ALIFF
38. MUHD LUQMAN
39. AINA ADRIANA
40. MOHD SYAFIQ
41. SITI NOR MARDIANA
42. NUR QALESYA QISTINA


CUCU MENANTU - 8 ORANG
1. ABID
2. SITI AISHAH
3. AINAA
4. MIZA
5. SANI
6. NURUL
7. AZMAN
8. HAMDAN

CICIT - 13 ORANG +  4 ORANG COMING SOON
1. MOHD. ZAKIYUL
2. NUR MAISARAH
3. KHAIRUL BASYARIAH
4.ANISYA NABILA
5. MOHD. IRFAN
6. HUSNA
7. MOHD. ALIFF
8. MOHD. AKMAL
9. MOHD. AMIN
10. MOHD FAKRULLAH
11. MOHD. AKMALUTFI
12. NUR DANIA
13.IMAN SHAFARIS HAKIMIE

KALAU SEMUA BALIK ADA 82 ORANG DALAM RUMAH, SELALUNYA SEMUA BERKUMPUL DI HARI RAYA KE 2. RAMAINYA....RIUH RENDAH...TP SERONOK ADA KELUARGA YANG RAMAI. SAYA SAYANG KELUARGA SAYA.

P/S: KALAU ADA NAMA YANG TERTINGGAL ATAU TIDAK BETUL...MOHON MAAF, MAKLUM RAMAI SGT...DH TUA2 NI SELALU LUPA

BIRTHDAY LUQMAN




HAPPY BIRTHDAY KE 12 BUAT LUQMAN
NANTI MAK BAWA BUAT I/C

BILA NAK BESAR SAYANG?


BILA NAK BESAR SAYANG? DAH HAMPIR 9 TAHUN AKU BELA TAPI TAK MAU BESAR JUGAK....HMMM...WALAU BAGAIMANAPUN KAU TETAP KU SAYANG KERNA TAK BANYAK KARENAH, BARU SEKALI BUAT PERANGAI...TERIMA KASIH KERNA MASIH SETIA BERSAMAKU. KERNA SAYANG MAKA AKU TIDAK BERPALING PADA YANG LAIN. NANTI KITA TUKAR BAJU BARU YA...BAJU RAYA...

Erti Sahabat

22 Mei, tarikh kelahiran sahabat baikku. Tiap-tiap tahun aku ingat tapi aku tidak dapat mengucapkan Selamat Hari Lahir padamu kerana aku tidak tahu di mana kau sekarang. Aku amat merindukanmu, di mana nak ku cari kamu, puas ku tanya pada sahabat-sahabat lain tetapi tiada seorang pun yang tahu di mana kau berada. Di mana kau teman, sahabat sejatiku. Hanya doa ku pohon moga Allah akan mempertemukan kita semula suatu hari nanti.

Jumaat, 20 Mei 2011

ADA STYLE

NI STYLE RAMBUT ANAK-ANAKKU










TENGOK LA STYLE RAMBUT ANAK-ANAK OMPUTIH NI. LUCU KAN...HAHA MCM2





COMEI KAN ....HAI! KENAPA LA ADA ORG SANGGUP BUANG ANAK.

NAK TENGOK WAYANG


Pagi td entah kenapa (buang tebiat kut) tiba2 ajak suami tgk wayang Nur Kasih The Movie tp nk tahu apa dia kata "buat malu kat org, dh tua2 nk tgk wayang, kalau org bg tiket free pun abg takkan pi". Alahai suami...mmg tepat sekali kita dijodohkan bersama. Aku pun mmg bukan kaki wayang, seumur hidup dan seingat aku, hanya 3 kali aku masuk panggung wayang. Kali pertama waktu aku masih di sekolah rendah (tak ingat darjah brp), abang aku bw aku dan 2 org kakak aku tgk cite Prebet Lapuk lakonan AR Badul. Kali kedua kakak aku ajak tengok cite Ranjau Sepanjang Jalan dan kali ketiga waktu aku keja di KL, kwn2 ajak bersungguh-sungguh aku tgk cite apa ntah aku lupa la. Itulah 3 kali aku masuk panggung. Kiranya dh 21 thn aku tak penah tgk wayang. Kenapa hr ni tiba2 rasa nk tgk NKTM...sbb nk tgk Adam ke, Aidil ke, Nur Amina ke... tgk diri kt cermin dh la...aku pun Nur Amina...hahaha perasan............

Rabu, 18 Mei 2011

DARI KERANA MATA

I close my eyes whenever I want to breathe. In my dreams, I'm at a crossroad, a difficult path for me to choose
mana satu mau pilih ni...





Setiap mata yang tertutup belum beerti ia tidur dan setiap mata yang terbuka belum beerti ia melihat.

LIHAT SAJA





Isnin, 16 Mei 2011

CITE HARI NI

Macam2 hal jgk berlaku hr ni. Seperti biasa kunci alarm jam 4 pg, dh matikan tidur balik, kul 6 br terjaga semula, kelam kabut dibuatnya walaupun aku cuti hr ni tp urusan sediakan sarapan dan siapkan anak2 utk ke sekolah seperti biasa kena jgk buat. Kelam kabut iron baju dan siapkan sarapan...roti bakar strawberry hr ni. Jam 7 pg hantar anak ke sekolah. Balik ke rmh lipat kain baju kemarin yang tak sempat lipat semlm sbb tak de mood. Habis lipat kain ke dapur bersarapan. Lepas sarapan sidai kain baju, sapu sampah, kemas rumah ala kadar je and then ambik laptop bw ke dapur, main fb, tweet sambil sediakan bahan2 untuk memasak. Teringat pesan suami sblm keluar rmh td, lunch hr ni dia nk makan ikan keli bersambal, ikan keli tu goreng garing dan salutkan dgn sambal...ayoyo ikan keli belum bersiang, selalu suami yg tolong siangkan tp hr ni dia tak sempat atau mungkin saja2 buat tak sempat. Apa lg dengan bersenting lgn baju aku pun mulakan operasi menyiang ikan keli sebanyak 15 ekor yg sederhana besar. Mula-mula geli geleman sebab ikan keli tu berlendir dan licin semcm je, tp terpaksa jgk la...dh nasib bdn....Dh siap siang ikan tu, aku tuang sikit cuka dan basuh dgn tepung gandum (ikut petua seorg rakan). Hmmm...lendir dh hilang, bersih dan tidak berbau lg ikan tu. Lps taruk garam dan kunyit, aku goreng sambil main fb lg. Rupanya ikan keli kalau digoreng dia meletup letap dlm kuali, habis minyak lantai dan dinding dapurku...adoiii...satu keja lg nk bersihkannya. Dh siap masak ikan keli bersambal, sayur campur, ikan terubuk masin digoreng bawang (3 menu ja hr ni), aku sambung main fb. Leka bermain tgk jam...hah! kena ambil anak balik sekolah. Tak sempat mandi, salin baju ja, bdn bau ikan, ambil kunci kereta terus pecut ambil 3 anak di sekolah yg berasingan, Tunggu anak kedua dkt 2 jam...dia x bgtau ada kelas tambahan...betuah punya anak...sabar je la. Balik rmh tgk hidangan bwh tudung saji dh disentuh...maknanya suami dh balik mkn. Banyak jgk dia makan...sedap kut (puji diri sendiri...sapa lg nk puji kan...huhu). Pukul 4 br dpt rehat sebentar, br nk letak kepala kt kusyen tgk langit gelap, ada pokok hujan, pergi ambil kain di jemuran pulak. Longgok ja dulu kain tu, mmg keja lipat kain yg paling malas. Adoiii...letih jgk jd surirmh, ingatkan bila bercuti dpt rehat, membadakkan diri tp mcm2 keja dh menunggu. Plan ambik cuti nk ke spa terpaksa tangguh esok...harap2 dpt la aku ke spa esok...jgn ada aral melintang sudah...

Sabtu, 14 Mei 2011

SELAMAT PAGI CIKGU


Hari Isnin ni 16 Mei sambutan hari guru. Salam dan selamat hari guru untuk semua guru-guru teristimewa untuk guru yang pernah mengajar aku dari tadika sampai ke menara. Tanpa kalian aku tak pandai menulis seperti ini, mungkin aku tak kenal apa itu blog dan takkan pernah ada blog. Terima kasih cikgu...TQVM. Antara nama-nama yang masih ku ingat Cikgu Siti Arbi (selalu suruh aku belikannya mee goreng di kedai luar sekolah, dia selalu mengharapkan aku untuk buat kerja2 dan membantunya termasuk jaga duit jualan peralatan sekolah...dulu koop mana ada lg), Cikgu Mahranah (selalu marah2 sayang), Ustazah Zaharah (bimbing aku sehingga menang tempat pertama kategori bacaan jawi peringkat zon utara), Cikgu Rukiah (aku pernah tolong cikgu waktu cikgu jatuh dan sawan..terkancing gigi), Cikgu Yaacob (pernah tempeleng aku sbb jwb salah subjek math), Cikgu Abdullah Khamis (bawa aku dan rakan2 ke merata sek utk pertandingan), Gurubesar Mr. Phang Woon King (nmpk dia dtg je, aku lekas-lekas pegi tolong bw buku2 dia masuk bilik), Cikgu Sulaiman (alim orgnya bertanda hitam di dahi), Sir ... (lupa namanya mungkin sbb dia selalu pukul aku dgn ruler sbb x betul spelling BI), Cikgu....jg aku lupa namanya tapi dia selalu ubah jarum jam di kelas supaya cepat loceng balik dibunyikan...haha lawak cikgu ni. Kenangan di sekolah rendah memang banyak kerana aku sangat aktif pernah jadi ketua kelas, pen. pengawas dan pernah jadi ketua murid. Bukan aku nak cakap besar tapi waktu di sek. ren. aku selalu dpt banyak hadiah waktu hari penyampaian hadiah sampai aku pernah dengar sorang Pakcik tu kata "asyik budak ni ja naik pentas ambik hadiah". Nak buat camne rezeki aku. Aku juga pernah jadi tekong kumpulan nasyid, baca sajak, syair dan selalu apa-apa saja persembahan ada la muka aku. Kenangan terindah yang takkan mungkin berulang lagi.
Antara guru-guru di Sek. Men. yg masih ku ingat mestilah Pengetua. Aku belajar di bwh 3 org pengetua yang semuanya wanita kerana sekolah aku SMSA atau dulu org sebut SAS, student semua perempuan. Terima kasih Cik Puteri Asma (arwah...Al Fatihah, moga dia aman di sana), Puan Hjh Noraini dan Cik Hjh Nasriah Hj. Maghribi. Cikgu-cikgu yang tak dapat aku lupakan antaranya Cikgu Fatimah (aku suka dia ajar geog, byk bg nasihat berguna), Cikgu Khatijah (pernah tangkap aku sbb tak turun PJ...buat2 sakit), Cikgu Saniah, Cikgu Sham, Cikgu Rokiah (arwah...Al Fatihah, moga aman di sana), Cikgu Hashim, Cikgu Zainab, Cikgu Faizah, Miss Tai (dia baling buku add math aku dlm tong sampah), Ustazah Che Su, Cikgu Sobri (arwah...Al Fatihah, moga aman di sana), Cikgu Siti Zawiah (sori cikgu aku x minat ekonomi...fail), Mr. Bernard (ajar kimia...minat dia sbb tu result ok), Cikgu Siti Zubaidah (cikgu praktikal yg sgt baik), Mr Low, Cikgu Raja Kechil dan cikgu lain yang aku terlupa namanya. Terima kasih cikgu.
Juga buat semua Pensyarah di UUM dan USIM yang pernah mengajar aku sehingga mendapat 2 gulung ijazah. Terima kasih. Jasamu dikenang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REZEKI

REZEKI

TOP 5 KOMENTAR

KOMEN LA

KOMEN LA LAGI

REZEKI

REZEKI

churp me

ads

churp me

ads

BERITA SEMASA