PEGANGAN HIDUP

Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".

REZEKI

Rabu, 30 Julai 2008

PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM


Beberapa panduan agar pendapatan yang diperolehi dari pekerjaan diberkati Allah S.W.T.


1. Menjaga lidah - Jangan berbohong dalam apa jua perkara ketika bekerja mencari rezeki.

2. Jangan khianat - Jangan sesekali mengkhianati orang lain semata-mata kita kurang senang dengannya.

3. Jangan irihati - Mesti yakin setiap rezeki datangnya dari Allah, oleh itu janganlah menaruh perasaan irihati di atas kelebihan orang lain kerana kita juga boleh memperolehinya dengan izin Allah.

4. Jangan dengki - Kejayaan seseorang itu juga atas kehendak Allah. Sekiranya kita tidak memperolehi seperti yang diperolehinya, jangan menaruh perasaan dengki dan melakukan perkara-perkara yang tidak diredhai oleh Allah.

5. Jangan tinggalkan sembahyang Jumaat - perbuatan meninggalkan sembahyang Jumaat menyebabkan pendapatan kita tidak diberkati oleh Allah kerana sembahyang Jumaat telah difardukan ke atas orang-orang Islam (lelaki).

6. Bermasyarakat - Luangkan masa untuk bercampur dengan orang ramai dan jangan hanya menumpukan sepenuh masa untuk pekerjaan semata-mata.

7. Menuntut ilmu di masa lapang - pelajaran terutamanya ilmu agama boleh menjadikan diri terkawal dari melakukan perkara-perkara yang tidak baik dalam pekerjaan.


AMAL YANG PALING DISUKAI OLEH ALLAH IALAH AMAL YANG SENTIASA DILAKUKAN WALAUPUN SEDIKIT.

(Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Selasa, 29 Julai 2008

BULAN SYAABAN


1. 15hb. - Nisfu Syaaban. Hidupkan malamnya dengan membaca Yasin 3 X dengan tertib dan berdoa supaya panjang umur dan dapat beribadat dengan sempurna, murah rezeki dan ditetapkan iman.


2. Digalakkan berpuasa kecuali hari syak iaitu 30hb. Syaaban

BULAN REJAB


1. Puasa 1 hari - mendapat keredhaan yang besar dari Allah

2. Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan dari Allah

3. Puasa 3 hari - akan diselamatkan oleh Allah akan bahaya dunia, siksa akhirat, penyakit gila, fitnah syaitan dan dajjal

4. Puasa 7 hari - ditutup 7 pintu neraka

5. Puasa 8 hari - dibuka 8 pintu syurga

6. Puasa 10 hari - Allah akan memajbulkan permintaannya

7. Puasa 15 hari - Allah akan menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu dan mengganti semua kejahatan dengan kebaikan

8. Tambahan puasa menambah pahalanya

9. Membaca surah Al-Ikhlas 11 kali setiap hari atau lebih

10. Membaca Al-Quran

11. Memperbanyakkan doa dan istighfar.

Selasa, 22 Julai 2008

PESANAN NABI MUHAMMAD S.A.W KEPADA WANITA


Wahai Ibu-Ibu

Wahai Kakak-Kakak

Wahai Teman-Teman

Wahai Adik-Adik

Wahai Anak-Anak


Dengarlah pesanan Rasulullah s.a.w untuk kita semua sebagai seorang wanita

Dari Hassan bin Zaid menceritakan telah bersabda Rasulullah s.a.w

"Aku berdiri di pintu Syurga, kebanyakan yang masuk ialah golongan orang miskin dan golongan orang kaya tertahan di luar pintu Syurga kerana di hisab. Selain dari itu ahli Neraka diperintah masuk ke dalam Neraka dan aku lihat kebanyakan yang masuk Neraka adalah PEREMPUAN".


"Aku lihat api Neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pandangan yang paling dahsyat di dalamnya sebab aku saksikan kebanyakan ahli Neraka itu adalah PEREMPUAN. Rasulullah s.a.w ditanya, "mengapa Ya Rasulullah?". Jawab Baginda, "Perempuan itu menghufukan (menghindarkan) suaminya dan menghufukan insan. Jikalau engkau berbuat baik padanya seberapa banyakpun, dia masih merasa belum puas hati dan belum cukup".


Takutlah kita mendengar peringatan dari Rasulullah s.a.w ini.


Wahai Saudari, Sabda Rasulullah lagi:

"Seseorang perempuan itu apabila ia mengerjakan sembahyang lima waktunya, berpuasa pada bulan Ramadhan, dan memelihara kehormatannya, dan taat kepada suaminya, masuklah ia ke Syurga dari sebarang pintu yang dikehendaki".


Seorang perempuan biasanya sangat taat dalam menunaikan solat, patuh menunaikan puasa dan setia kepada suami tetapi sangat sedikit perempuan yang mampu 'memelihara kehormatannya'. Salah satu cara memelihara kehormatan ialah dengan MENUTUP AURAT.


Wahai saudari, marilah kita menjaga aurat kita. Tidak perlu bertangguh lagi sehingga esok, minggu depan, bulan depan atau tahun depan. APAKAH KITA PASTI BILA UMUR KITA AKAN BERAKHIR.......???


"Wahai Tuhan ku tak layak masuk SyurgaMu

Namun tak pula aku sanggup ke NerakaMu

Ampunkan dosaku terimalah taubatku

Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa besar hambaMu"


ALLAHHU AKBAR ALLAHHU AKBAR ALLAHHUAKBAR


Isnin, 21 Julai 2008

RINTIHAN DI MALAM SEPI

Di kala malam
yang sunyi dan sepi
Bani Insan
tengah tenggelam
dalam tidur dan mimpi
musafir yang malam ini
tersentak bangun
pergi membasuh diri
untuk datang
mengadapMU Tuhan

Lemah lututku
berdiri di hadapanMU
sedu sedan
tangisku keharuan
Hamba yang lemah
serta hina ini
Engkau terima
juga mendekati
bersimpuh di bawah
Duli Kebesaran

Tuhan
Hamba tidak tahu pasti
bagaimana penerimaanMu
di kala mendengar
pengaduan hamba
yang penuh
dosa dan noda ini

Dalam Wahyu
Yang Engkau nuzulkan
Engkau berjanji
untuk sedia
menerima pengaduan
dan sudi memberi pengampunan

Dan Muhammad
RasulMu yang mulia itu
ada mengatakan
Ampunan Tuhan
lebih besar
dari kesalahan insan
Hamba percaya
pada tutur kepastian itu
sebab itu hamba datang wahai Tuhan
Bukan tidak redha
dengan ujian
cuma hendak mengadu
padaMu
tempat hamba
kembali nanti
memohon
Sakinah, Maghfirah
Dan Mutmainnah.

- Rakam Rasa Imam Al-Bukhari

Ahad, 20 Julai 2008

PETUA-PETUA TRADISIONAL

MENURUNKAN BERAT BADAN
Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum
boleh menurunkan berat badan anda.


Caranya : sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu
perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti
sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air mnuman setiap kali selepas anda makan
tengah hari dan makan malam.
Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkan meminumnya selama sebulan,
berat badan anda akan beransur turun.


ELAK KENCING MALAM UNTUK ANAK KECIL
Perahkan sedikit air lemon di atas sesudu kecl madu lebah dan terus hirup.
Amalkannya disebelah pagi dan sebelum masuk tidur. Mudah-mudahan, anak kecil anda
akan berhenti kencing malam atau setidak-tidaknya dapat mengurangkan jumlah dia
buang air kecil.


TEPUNG UBI PENAWAR RUAM
Cara yang baik untuk menghindarkan ruam dari tubuh bayi anda ialah dengan melumurkan
tepung ubi selepas mandi. Pastikan bahagian-bahagian utama yang menjadi sasaran
serangan ruam seperti di leher, punggung dan dada di lumur.


UBATI SAKIT DADA
Ambil beberapa ulas halia. Tumbuk hingga lumat dan perahkan airnya. Ambil satu biji
telur ayam kampung. Keluarkan kuningnya sahaja. Campurkan bersama madu lebah tulin.
Kacau rata-rata dan minum setiap pagi sebelum sarapan.


HILANGKAN URAT DI KAKI
Bagi ibu-ibu yang mengandung mereka sering mengalami masalah urat timbul di kaki dan
ia berlarutan hingga bersalin. Di sini, ada satu petua untuk mengatasi maalah ini,
ketika tidur anda mesti meletakkan kaki lebih tinggi dari kepala. Atau ambil sebesen
air suam, rendamkan kaki anda selama 15 hingga 20 minit setiap hari. Lakukan hingga
anda memperolehi hasil yang memuaskan. Atau, anda boleh mengurutnya perlahan-lahan
dengan menggunakan minyak urut.


RASA GARAM DALAM MASAKAN
Untuk merasa garam dalam masakan memang menjadi masalah terutama jika anda berpuasa.
Bagaimana cara terbaik untuk mengatasi masalah ini dengan meletakkan kuah di atas
jari anda. Jika kuah itu tidak meleleh ia menandakan masakan anda cukup masin tetapi
jika jari anda merasa perit ini menandakan masakan anda terlebih garam.


SIMPAN KELAPA PARUT
Masukkan kelapa dalam tapisan. Letakkan di atas periuk yang berisi air panas.
Biarkan wap itu masuk ke dalam kelapa.


MENGHILANGKAN KEDUT
Wanita yang sudah berumur biasanya sangat takut kelihatan tua. Terutamanya di
bahagian muka, kerana muka adalah bahagian yang mula-mula menjdi tumpuan pandangan
seseorang. Bagaimanakah caranya untuk menghilangkan kedut-kedut yang mula
berjinak-jinak di muka anda? Sebenarnya tidak sukar menghilangkan kedut-kedut di
muka asalkan anda rajin melakukannya. Ambillah sebiji lobak merah. Parut hingga
hancur. Kemudian ambil satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Campurkan
semua ramuan itu dan kacau hingga sebati. Sapukan di tempat yang berkedut itu.
Biarkan selama 20 minit, barulah dibasuh dengan air bersih. Lakukan selalu,
Insya-Allah wajah anda kelihatan berseri dan kedut-kedut yang mula bertapak itu akan
menghilang.


PENYERI MUKA
Selain dari menghilangkan kedut di muka, ada juga amalan yang boleh dilakukan supaya
muka akan sentiasa kelihatan berseri. Caranya ialah, cuci muka setiap pagi dengan
daun teh yang sudah direndam. Sapukan the tersebut ke muka, sepuluh minit kemudian
basuhlah dengan air bersih. Ataupun anda sapukan muka dengan putih telur. Biarkan
selama sepuluh minit. Kemudian bersihkan dengan air. Lakukan begitu seminggu sekali.
Anda akan nampak keberkesanannya.


GARAM UBATI SAKIT GIGI
Sakit gigi memang amat menyeksakan. Apa lagi kalau terkena di tegah malam. Hendak ke
klinik mungkin klinik tutup. Jadi anda terpaksa menanggung sakit sampai ke pagi.
Kerana itu berikhtiarlah sebelum sakit gigi menimpa anda. Petua ini elok dilakukan
bagi menghindar dari terkena sakit gigi. Caranya, campurkan sedikit garam halus pada
ubat gigi apabila hendak menggosok gigi setiap pagi. Jika ini diamalkan, anda bukan
sahaja dapat menghindarkan diri dari sakit gigi dan mulut, malah gigi anda juga akan
menjadi lebih putih dan berseri.


MULUT BERBAU
Mulut berbau tentu menimbulkan masalah apabila hendak bercakap dengan seseorang.
Untuk mengatasinya, cuba ikut petua ini. Ambil tujuh helai daun sirih. Racik halus,
kemudian diramas dengan semangkuk air suam. Campurkan sedikit garam, kumurlah setiap
hari dengan air itu. Insya-Allah masalah mulut berbau akan dapat diatasi.


IKAN KERING TIDAK BERULAT
Benda-benda busuk selalu dihinggapi lalt termasuk ikan kering. Keadaan ini
menyebabkan ia mudah berulat. Untuk mencegahnya, jemurkan ikan di tempat panas,
taburkan sedikit serbuk lada hitam yang telah ditumbuk kasar ke atasnya. Cara ini
lalat tidak akan hinggap lagi.


TUMIT KAKI TIDAK PECAH
Bagi anda yang menghadapi masalah ini, boleh mencuba petua ini. Ambil sebiji buah
betik yang masih muda. Hiriskan di bahagian hujungnya agar mengeluarkan getah.
Sapukan getah betik tersebut ke bahagian tumit yang pecah. Lakukan berulang kali
beberapa hari jika ingin mendapat hasil yang memuaskan.


KEKALKAN KEPUTIHAN PERIUK
Jika anda masak menggunakan dapur kayu atau arang, tentu anda menghadapi masalah
periuk hitam dan sukar dibersihkan. Bagi mengatasi masalah ini, sebelum memasak,
sapukan dahulu bahagian luar periuk anda pencuci pinggan seperti Axion. Setelah siap
masak, cucilah periuk dengan penggosok. Insya-Allah kotoran dan kesan hitam akan
mudah dihilangkan.


HILANGKAN DARAH TINGGI
Jika anda menghidap sakit darah tinggi,ambillah daun kucai kira-kira seikat.
Bersihkan dan tumbuk dengan sedikit garam. Perah ambil airnya, bubuh dalam mangkuk
dan embunkan. Minumlah pagi-pagi sebelum makan apa-apa, Insya-Allah sembuh. Kalau
sekali minum tidak sembuh, jangan berputus asa. Cuba dan cuba lagi. Selalunya
penyakit tidak akan sembuh dengan sekali berubat. Kerana itu cubalah amalkan banyak
kali, bersabar dan bertawakal.


KHASIAT DAUN JAMBU BATU
Kalau anda terkena sakit perut, buang-buang air, perut kembung, masuk angin dan
citir-birit, ambillah beberapa helai daun jambu batu yang masih muda (pucuknya).
Mamah daun jambu batu itu dengan garam lalu airnya ditelan. Atau daun jambu biasa
yang masih muda dimamah halus dan ditelan. Insya-Allah mujarab dan sakit perut anda
akan hilang dengan sendirinya.


CARA CUCI BARANGAN PERAK
Campurkan perahan air limau dan garam dalam semangkuk air dan cucikan barangan perak
anda. Hasilnya ia lebih berkilat.


HILANGKAN BAU DAN PENING MAKAN DURIAN
Biasanya selepas anda nemikmati buah durian, mulut atau sendawa anda akan berbau.
Dan pada sesetengah orang pula dia akan terasa mual, pening atau mabuk.Untuk
mengelakkan semua ini ambillah pangsa durian tadi dan curahkan sedikit air di
dalamnya. Ratakan air itu dan minumnya. Insya-Allah semuanya beres.


UBAT GIGI PENAWAR KULIT MELECUR
Cara yang paling mudah mengubati kulit yang melecur ialah dengan menyapu ubat gigi
ke atas kulit berkenaan sebaik ianya terkena.


MINYAK TANAH HILANGKAN KUTU
Satu lagi petua mudah untuk menghilangkan kutu kepala ialah dengan melumurkan
sedikit minyak tanah di serata kepala. Kemudian balut kepala dengan kain lembab.
Biarkan selama dua atau tiga jam. Anda akan lihat kemudiannya kutu-kutu melekat pada
tuala itu dan kepala anda bebas daripadanya.


ARANG KAYU PERAPI RAMBUT
Percayakah kayu arang dari batang getah boleh menghitam dan mengilatkan rambut.
Caranya, keringkan arang itu beberapa hari kemudian tumbuk sehingga lumat. Selepas
itu, campurkan dengan minyak kelapa. Lumurkan ramuan itu pada rambut setiap hari dan
cucilah. Lakukan sekerap yang boleh.


PENAWAR BISUL/KUDIS
Ambil segenggam daun sengkuri. Petik daun muda dan keringkan sebentar, kemudian baru
digiling dengan tujuhbiji mata kunyit serta sedikit melukut. Kemudian calitkan
sedkit kapur sirih dan sapukan daun yang digiling tadi di atasnya. Sementara untuk
menghilangkan bengkak bisul dan bissanya, sapukan cuka dan nila. Petua ini juga
boleh menawarkan sakit beguk di leher. Bagi kudis pula, rebus antara 30 helai pucuk
daun jambu batudengan dua gelas air. Campurkan secamca garam. Bila mendidih, biarkan
ianya suam dan cucilah kudis atau gatal-gatal berkenaaan.


CARA HILANGKAN GRIS
Minyak gris biasanya sukar ditanggalkan jika terkena pakaian. Tetapi ada petua untuk
menghilangkannya. Cuab titiskan secamca minyak tanah dan kemudian sapukan rata-rata
sedikit sabun serbuk atau buku. Biar seketika dan kemudian sental kuat-kuat. Ulangi
beberapa kali sehingga kesannya hilang.


PETUA SUBURKAN POKOK BUNGA
Taburkan sedikit serbuk kopi di sekeliling pangkal pokok bunga anda. Hasilnya, anda
akan lihat pokok bunga subur menghijau.


PUTIH TELUR PENGHILANG PARUT
Jika pada tubuh anda terdapat bekas luka ataupun parut yang tidak mahu hilang,
cubalah gunakan putih telur ayam kampung. Setiap kali hendak tidur, sapukan putih
telur tersebut pada parut luka itu. Lakukan secara terus-menerus. Nescaya parut luka
anda akan hilang.


BILA NASI BERBAU HANGIT
Kadang-kadang kerana kelalaian kita, nasi yang dimasak boleh menjadi hangus dan
berbau hangit. Kerana itu anda jangan susah hati, cubalah cepat-cepat ambil pucuk
daun pisang, masukkan ke dalam nasi tersebut dan tutup semula rapat-rapat.
Insya-Allah bau hangit akan berkurangan.


UBAT DEMAM MALARIA
Daun betik yang masih muda ditumbuk hingga haluslau diperah. Air perahan ini
bolehlah diminum sebagai ubat demam malaria. Selain itu, ia juga boleh diminum
setelah selesai haid. Kerana ia boleh melancar dan membersihkan sisa-sisa darah
kotor.


MENGHILANGKAN GATAL-GATAL
Ada cara mudah untuk menghilangkan kegatalan akibat peluh yang mengancam seluruh
tubuh kita. Ambil sesudu makan tepung sagu dan campurkan dengan sedikit air.
Titiskan cuka sebanyak empat titis. Setelah dikacau, sapukan bahan itu pada bahagian
yang gatal. Lakukan setiap hari sehingga bintik-bintik gatal akibat peluh itu hilang
dari tubuh anda.


MENGHILANGKAN BAU PEDAS (CILI TUMIS)
Memasak sambal tumis atau asam pedas, anda tentu terpaksa menumis cili boh atau cili
giling. Apabila cili ditumis, anda tentu dapat rasakan mata dan hidung menjadi pedih
dan berair. Seluruh ruang dapur malah seluruh rumah akan mendapat akibatnya. Untuk
menghindarkannya, cubalah masukkan gula pasir ke dalam minyak penggoreng yang telah
panas itu. Kemudian barulah menumis bawang dan cili tersebut. Insya-Allah, bau
pedasdan cili tumis itu tidak akan mengganggu anda sekeluarga.


BINTIK-BINTIK MERAH DI BADAN
Kadang-kadang tanpa anda sedari, tubuh badan anda terkena bintik-bintik merah.
Mungkon ini disebabkan terkena bisa serangga atau ulat bulu yang menyebabkan
gatal-gatal atau pedih. Sekiranya anda mengalami keadaan demikian, janganlah panik.
Ambillah sepotong kunyit, parut kunyit itu dan bubuh kapur sirih serta air. Panaskan
ramuian tersebut di atas api, kemudian sejukkan. Setelah sejuk sapukan di bahagian
bengkak-bengkak itu. Insya-Allah dalam waktu 5 minit penyakit tersebut akan hilang.


ELAK DARI MELECUR
Apabila bahagian tubuh anda tersiram air panas terutama yang sedang mendidih,
cepatlah ambil sabun. Tidak kira sabun batang, serbuk atau sabun mandi. Gosoklah
bahagian yang terkena air mendidih tadi dengan air sabun secara perlahan-lahan
tetapi terus-menerus tidak berhenti. Hinggalah bahagian yang tersiram air panas itu
tidak merasa panas lagi. Dengan cara itu, bahagian yang tersiram air panas itu tidak
melepuh dan akan segera sembuh.


BEDAK LANCARKAN ZIP ROSAK
Zip yang rosak tidak bermakna barang tersebut sama ada beg, kasur atau seluar anda
tidak boleh dipakai lagi. Ada cara paling mudah untuk membaiki dengan cara, taburkan
bedak di atasnya lalu anda getak-gerakkan beberapa kali sehingga zip itu lancar
semula.


BAGAIMANA SEGARKAN TAUGE
Tauge akan lebih lama segar di dalam peti sejuk sekiranya anda memerahkan sedikit
limau ke dalam air tempat anda merendamnya. Tetapi pastikan anda menukar airnya
setiap hari.


HILANGKAN DEBU DARI BUNGA
Biasanya bunga-bunga hiasan di ruang tamu akan diselubungi debu. Untuk mencucinya
mungkin mustahil sama sekali. Tetapi cuba anda gunakan pengering rambut anda.
Semburkan hembusannya ke arah bunga-bunga itu, dan mudah-mudahan semua debu akan
diterbangkan.


CARA SUPAYA KEJU TAHAN LAMA
Kalau anda tidak mempunyai peti sejuk, cara untuk menyimpan keju ialah dengan
membungkus keju itu kejap-kejap (rapat-rapat) dalam sehelai kain bersih yang
dilembabkan denga air garam terlebih dahulu.


GULA UBAT LUKA
Jika bibir anda luka dan berdarah kerana terhantuk pada sesuatu benda keras, anda
jangan panik. Ambil sedikit gula dan sapukan pada bibir yang berdarah. Anda akan
dapati darah itu akan berhenti dengan segera.


PANAS TERKENA CILI
Kerana banyak memasak menggunakan cili boleh menyebabkan tangan dan jari-jari anda
berasa panas memijar. uNtuk menghilangkannya mudah sahaja. Ambil setengah gelas air.
Bubuh dua sudu makan garam dan kacau. Setelah garam hancur, gosokkan air pada tangan
yang pijat itu. Kemudian hangatkan di depan api. Bersihkan tangan dengan air sejuk
menggunakan sabun. Insya-Allah rasa panas dan pijar akan hilang.


MENGHILANGKAN BISUL
Apabila anda sering terkena bisul, jangan dibiarkan begitu sahaja hingga ia membesar
yang bukan sahaja sakit malah akan sukar mengubatinya. Kerana itu bila anda sedar
akan terkena bisul, cepat-cepat ambil bawang putih. Gosoklah bisul anda dengan
bawang putih. Berkat air bawang putih yang berbau tengik itu, bisuk anda tidak
sempat membesar akhirnya akan mengempis tanpa meninggalkan kesan parut.


TERKENA BISA IKAN KELI
Ikan keli (darat) atau ikan keli sembilang (laut) kedua-duanya mempunyai sengat
berupa duri di sirip kiri kanannya. Sengat ini sungguh bisa apabila terkena manusia,
sebab itu hendak menangkapnya terpaksa berhati-hati. Walaupun berhati-hati
kadang-kadang terkena juga. Kalau ini berlaku kepada anda, lekas-lekaslah ambil dua
hingga tiga sudu makan serbuk kopi, tuangkan sedikit air setengah mendidih, kacau
hingga sebati. Wapkan bahagian yang terkena sengatan itu, Insya-Allah bengkaknya
hilang dan sakitnya segera sembuh.


BAWANG PUTIH HILANGKAN SAKIT KEPALA
Jika anda sakit kepala, cubalah petua ini untuk mengatasinya. Ambil seulas bawang
putih dan dibelah dua. Kemudian tampalkan di sebelah kir dan kanan kepala seperti
menampal plaster. Biarkan sehingga sakit kepala hilang, lakukanlah berulang kali
jika anda sering sakit kepala, dengan cara ini lama-kelamaan sakit kepala akan
hilang.


LIMAU WANGIKAN RAMBUT
Ambil beberapa biji limau nipis dan hiris-hiriskan. Kemudian gosokan ke seluruh
kepala. Biarkan beberapa minit dan selepas itu cuci bersih-bersih. Selain daripada
mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening dan menyejukkan
kepala.


KHASIAT AIR BERAS
Air buangan mencuci beras banyak faedahnya. Cuba gunakan air itu untuk mencuci muka
sebab hasilnya muka anda lebih bersih dan bebas dari minyak. Pastikan, bilas dengan
air bersih selepas mencuci dengan air beras tadi. Air beras juga boleh digunakan
untuk menyiram pokok bunga ini akan menyuburkan lagi pokok bunga dan melebatkan
bunga.


RAWATAN LEPAS BERSALIN
Cara yang paling berkesan untuk merawat perut selepas anda bersalin ialah dengan
memarut dua ketul halia sederhana besar, campurkan dua sudu cuka. Gaul ramuan ini
dan sapukan ke sekeliling pinggang. Cara begini akan mengelakkan pecah-pecah dan
calar pada kulit perut. Selepas ramuan ini disapu, lilitkan bengkung seperti biasa
sebagai satu rawatan menegangkan semula perut selepas anda bersalin.


UBAT SAKIT MATA
Masalah sakit mata seperti mata berair, warna mata kemerahan, jangkitan kuman dapat
diatasi dengan menggunakan madu lebah. Caranya mudah sahaja. Cucilah mata anda
dengan air, kemudian sapu atau titskan beberapa titik madu ke mata. Kemudian
pejamkan mata anda selama 5 minit. Kemudian cuci mata anda, lakukan 2 atau 3 kali
sehari. Insya-Allah mata anda akan pulih sediakala.


TAK PEDIHKAN MATA
Setiap kali menghiris bawang merah, pasti mata pedih dan berair. Bagi mengatasi
masalah itu, selepas kulitnya dikupas, rendamkan dahulu dengan air garam kira-kira
sepuluh minit. Kemudian barulah dihiris-hiris.


RAMBUT HITAM BERKILAT
Ambil kangkung kemudian diramas dengan sedikit air hingga hancur dan berlendir.
Kemudian sapukan pada rambut dan bungkus dengan tuala. Biarkan selama satu jam.
Bilas bersih-bersih. Lakukan dua kali dalam seminggu. Selamat mencuba.


DAUN NANGKA EMPUKKAN DAGING
Daging liat? Mudah empuk jika anda memasukkan beberapa daun nangka ke dalam rebusan
daging anda.


HILANGKAN PAHIT PUCUK BETIK
Pucuk betik memang enak jika dicelur dan dijadikan hidangan dengan sambal belacan.
Tetapi ada ketikanya daun betk yang diambil itu pahit. Untuk mrnghilangkannya, cuba
anda masukkan beberapa helai daun jambu batu atau dua tiga biji buah pinang masak
ketika merebusnya.


SUBURKAN POKOK BUNGA
Satu lagi cara untuk menyuburkan pokok bunga ialah dengan mengambil seberapa banyak
serbuk kayu. Campurkan bersama tanah dan gaul rata. Kemudian bolehlah ditanam di
samping menyiramnya selalu.


BAYAM UBAT BANYAK PENYAKIT
Bayam mengandungi banyak zat yang diperlukan oleh tubuh badan. Ia mengandungi
protein, selulus, karotin, vitamin B1, B2 dan C, asid oxalic, kalsium, fosforus dan
kandungan zat besi yang banyak. Rasanya agak manis dan sejuk. Kerana kandungan zat
besi yang tinggi, ia boleh menyembuhkan penyakit kurang darah (anaemia), meredakan
tekanan darah tinggi dan sembelit. Ia juga boleh membantu penghadaman.


KACANG TANAH RENDAHKAN TEKANAN DARAH
Kacang tanah kaya dengan kandungan lemak, vitamin A, B, E dan K, lecithin, choline,
asid omino, kalsium dan sebagainya. Minyak kacang tanah merendahkan tekanan darah
tinggi dan kolestrol darah. Selaput lendirnya mengandungi ramuan yang lebih
berkesan. Kandungan zat dalam kacang tanah ini juga baik untuk mengubati penyakit
susah tidur (insomnia).


PENAWAR BISA LIPAN/LEBAH
Apabila seseorang disengat lipan atau lebah, kesakitannya bukan sahaja terasa di
bahagian yang disengatnya, malah seluruh badan hingga ke rambutpun terasa sakitnya.
Untuk mengubati bisa sengatan itu, segeralah ambil biji asam jawa. Biji asam itu
ditumbuk sampai halus, tempelkan pada bahagian yang disengat. Insya-Allah dalam
beberapa saat sahaja, rasa sakit akan hilang.


MEREDAKAN BENJOL
Sekiranya kepala anda terkena pukulan benda keras seperti batu, kayu dan sebagainya
hingga membenjol, segeralah ambil asam jawa dan garam secukupnya. Masukkan air dan
kacau hingga kedua-dua bahan itu larut dalam air dan pekat. Sapukanlah air larutan
asam dan garam itu ke bahagian yang benjol. Insya-Allah dalam masa 15 minit,
benjolan itu akan mengecil dan mengempis, kemudian hilang sama sekali dari kepala
anda.


BATUK
Banyak cara mengubat penyakit batuk. Antaranya ialah : ambil seperempat biji buah
pala, setengah biji limau nipis dan satu sudu kecil minyak kayu putih. buah pala
diparut, limau nipis diperah ambil airnya. Campurkan kedua-dua bahan itu menjadi
satu dengan dicampurkan minyak kayu putih. setelah itu gosoklah dibelakang pesakit.
Ramuan ini hanya untuk sekali pakai. Lakukan rawatan seperti ini dua kali sehari
selama tiga hari berturut-turut. Insya-Allah, penyakit batu akan segera sembuh.


BATUK BERTERUSAN
Penghidap penyakit batuk boleh menyebabkan badannya menjadi kurus. Baruk sering
melanda di sebelah malam, sehingga pesakit tidak dapat tidur lena. Kalau
berlanjutan, sisi rumah turut terganggu. Kalau keadaan seperti ini mengganggu diri
anda, ubatilah dengan daun lidah buaya (ambil isinya sahaja), dihiris halus-halus
kira-kira 20gm, kemudian dibubuh madu kira-kira 40cc. Ramuan ini diberi minum dua
kali sehari selama lebih kurang tujuh hari.
Penderita perlu berpantang seperti berikut:


Jangan terlalu banyak makan makanan manis


Jangan tidur tidak menentu (jangan kurang tidur)


Jangan masukkan jari ke dalam mulut (seperti kebiasaan kanak-kanak)


Jangan makan banyak mekanan pedas


Perbanyakkan gizi (zat) dalam makanan seharian.


PENAWAR PENGSAN
Sekiranya anda terjumpa seseorang yang pengsan atau tidak sedarkan diri, segeralah
ambil air segelas dan bacakan ‘Ayat Kursi’ sebanyak sebelas kali. Sapukan air itu ke
muka. Kepala dan badannya. Kemudian tiup pada telinganya sambil menyebut namanya
(jika tahu namanya). Buatlah dengan tenang dan penuh sabar. Insya-Allah, dia akan
sedar dari pengsannya.


BENGKAK BUAH DADA
Khusus bagi wanita, sekiranya selalu terasa sakit atau bengkak di pangkal buah dada,
atasilah dengan petua ini. Ambil kayu atau teras pokok sepang. Asahkan dengan
sedikit air. Campurkan sedikit kapur sirih. Sapulah ramuan tersebut berulang kali.
Seelok-eloknya dilakukan pada waktu malam.


BENGKAK DI BAWAH TELINGA
Penyakit ini sebenarnya bermusim dan mudah berjangkit. Jika ada di antara keluarga
anda terkena penyakit nin, segeralah cari kayu sepang. Asahlah dengan mencampur
sedikit kapur sirih. Sapukan pada keliling telinga. Atau Ambil sedikit nila dan cuka
makan. Campurkan kedua-dua bahan itu dan sapu di sekeliling telinga yang bengkak.
Insya-Allah, bengkak tersebut akan beransur hilang.


MENCANTIKKAN BETIS
Setiap orang khususnya wanita, tentu inginkan betis yang cantik, halus dan licin.
Caranya mudah sahaja. Sapukan setiap pagi selepas mandi dengan minyak rambut atau
minyak kelapa dan urutkan perlahan-lahan.
Setelah lakukan demikian, betis anda akan kelihatan halus dan mulus. Anda tidak
perlu membuang duit untuk membeli minyak untuk bayi atau losyen. Selain itu anda
boleh juga mengurut betis anda dua atau tiga hari sekali dengan menggunakan hampas
kelapa yang telah diperah santannya. Setelah itu urutlah lagi dengan air hingga
menjadi bersih.


URAT BETIS MENONJOL
Selalunya wanita hamil akan mengalami keadaan di mana urat betisnya akan menonjol,
dan akan berterusan hingga sesudah bersalin. Ambillah segenggam kacang hijau, rebus
dengan air bersih tanpa mencampur dengan suatu apa pun (tanpa gula, garam atau
apa-apa ramuan lagi). Rebuslah sampai mendidih. Sebelum kacang hijau itu pecah-pecah
kulitnya, dan air rebusan tinggal segelas, angkatlah dari api. Minumlah air rebusan
kacang itu bersama kacangnya setiap pagi dan malam sebelum tidur. Menjelang tidur,
angkatlah kaki anda ke atas setinggi mungkin dengan bantuan alat selama lebih kurang
10 minit. Lakukan setiap malam menjelang tidur. Insya-Allah, urta betis anda kembali
semula seperti biasa.


RAMBUT SELALU GUGUR
Bagi mengatasi rambut selalu gugur, ambil lendir daun lidah buaya, lendir pokok
bunga raya dan lendir pokok litup bumi. Semuanya dimasukkan dalam satu bekas.
Kemudian campur sedikit minyak zaitun. Sapulah di seluruh rambut lepas mandi malam
dan bungkus kepala dengan tuala selama setengah jam. Bangun pagi barulah dicuci.
Amalkan seminggu sekali. Selain rambut tidak gugur, rambut juga lambat beruban.


ANAK SELALU KENCING MALAM
Jika ada anak anda berumur 5 tahun ke atas masih lagi kencing malam, cubalah ambil
tembakau sebesar ibu jari dan campurkan sedikit kapur sireh, kemudian letakkan di
pusatnya. Lakukan sewaktu hendak tidur malam dan ikatkan dengan kain. Buatlah selama


KURANGKAN BAU CAT PADA DINDING
Dinding yang baru dicat terutamanya dalam bilik boleh mengeluarkan bau yang kurang
menyenangkan. Apa kata letakkan sebesen air yang dicampur garam di dalam bilik itu
dan biarkan ia semalaman di situ. Bau cat yang kurang menyenangkan itu, akan hilang
perlahan-lahan.

Jumaat, 18 Julai 2008

SAMBUNGAN AKU DAN DUNIAKU

Aku juga meminati Khadijah Hashim. Aku menjadikan kata-katanya sebagai teladan. "Semasa mencipta saya sedar terhadap proses ciptaan. Tanpa sedar terhadap proses ciptaan itu bagaimana kita hendak menulis. Kita harus mencari bahan, memperkembangkannya dan menulis".

Mungkin jika aku mengikut apa yang dilakukannya cerpen2 yg bakal ku cipta akan bermutu seperti cerpennya.

Mencipta sajak juga menjadi minatku. Aku suka membaca sajak2 ciptaan Zaihasra, Zurinah Hassan, Siti Zainon Ismail dan juga beberapa orang penyair wanita lain. Aku cuba menghayati sajak2 mereka walaupun ada yg sukar untuk difahami. Ku cipta sajak2 dr pengalaman sendiri. Ini mengikut kata Zaihasra "Sebaik-baiknya menulis dari pengalaman sendiri. Yang kita alami dan kita hayati sendiri dan memasukkan unsur2 imaginasi".

Menulislah aku setiap hari. Tidur di sebelah siang telah aku tinggalkan. Waktu itu ku jadikan masa utk menaip karya2ku. Tidur mlm jg semakin lewat. Tidak lena rasanya jika seblm tidur aku tdk menulis terlebih dahulu. Menulis bagiku umpama solat yg jika ku tinggalkan menjadikan aku tdk senang duduk.

Karya2 yg ku cipta ku simpankan di dalam sebuah fail khas. Kalau diibaratkan karya itu sbg telur ayam dan fail itu ibu ayam, tentu sekarang ini sudah ada beberapa ekor anak ayam. Begitulah lamanya aku memeram karya2ku.

Aku belum berkeyakinan untuk menghantarkannya ke mana-mana akhbar atau majalah. Aku takut ditertawakan. Orang akan mengatakan karyaku tdk bermutu dan aku tidak punya bakat untuk mjd seorang penulis. Terfikir juga aku, jika begini sampai bila aku akan menjadi penulis yg dikenali.

Panjang lg ni, 10 mukasurat lg...nak sambung lg ke? x payah la ye. I tau U pun dan bosan membaca... ntah apa2.

Ni antara sajak2 ( kalau boleh dikatakan sajak) yg ku tulis masa usiaku 17 thn (masa tu cute lg...hehehe)

HARGA KEDAMAIAN

Kedamaian
betapa mahal hargamu
tidak terbeli oleh Barat
tidak terdaya oleh Timur
persengketaan
peperangan
bergelimpangan
musnah segala keagungan
bila masanya
kedamaian turun harganya
nyawa-nyawa tidak lagi di ratah
bumi tidak lagi hanyir dengan darah
sampai bila?

KERANA AKU MANUSIA

Kerana aku manusia
maka tidak ku biarkan
badan lesu menampakkan tulang
tangan menadah kosong cuma
redup, sinar tiada lagi di mata
Aku juga manusia, makhluk Tuhan
nasib sesama insan wajib kubela
bukan pahala yang ku kejar
dasar simpati dan mengerti
aku mengasihani
kerana aku manusia
kemanusiaan menjadikan aku
berperikemanusiaan

MALAM PEMBAYARAN

Wangian mekar di hujung kepala
cadar baldu berkelambu biru
bukan lagi lambang keindahan malam
tiada nenberi erti kasih sayang

seorang gadis bernama aku
lemas dalam mutiara jernih
mengenag diri dan masa depan

puas ku pujuk mata ini
lenalah dalam pelukan bantal usang
meskipun dalam paksaan
aku cuba bayangkan
lembutnya jemari kasar mengusap belakang
namun pedih sekali kurasakan
kerna.....
jemari bernoda ini
pernah menagih hutang
hingga.....
diriku jadi pembayaran

SAJAK DUKA SEORANG PENANTI

Sedingin bayu malam
menggaris wajah seorang gadis
lena dalam penantian

malam-malam yang lewat
ditemuinya mimpi-mimpi indah
mengorak seketika bibirnya
semerbak bunga keazaman
keyakinan padu di hati

sayang gadis itu
kini hanya perindu
pada sebuah cita
yang belum pasti

musnah sudah impian
khabar-khabar gembira
duka baginya
tuah teman
bisiknya penuh kecewa

gadis malang
sepi di kamar usang
mencoret sesuatu
buat pengubat kalbu
namun wajahnya tetap layu
tidak seperti dahulu

lalu
pada Tuhan ditadahnya tangan
meski seribu dugaan
diterimanya penuh kesyukuran

Akukah gadis itu?

Hanima WR (nama penaku)
banyak lg yg ku tulis dulu...insyaAllah di lain masa jumpa lg

Khamis, 17 Julai 2008

AKU DAN DUNIAKU

CORETANKU 19 TAHUN DULU (KINI MJD KENANGAN)

Aku seorang wanita. Aku sedar ini. Malah sejak usiaku mencecah belasan thn, aku sudah dibebani dgn kerja2 sbg seorg wanita. Kata ibu walau setinggi mana pelajaran seseorang wanita, kerja2 dapur perlu juga diketahuinya. Mungkin itu sbbnya aku diajar memasak dan menjahit, di suruh membasuh pakaian dan mengemas rumah. Ibu ingin aku menjadi wanita yg tulen, wanita yg bkn shj mempunyai pelajaran ttp jg tahu serba-serbi yg bersangkutan dgn tugas seorg wanita.

Kini aku hampir menjangkau usia dua puluhan. Setahun lg mungkin aku diberi kunci kebebasan. Kebebasan yg tidak pernah terlintas di hati ini utk memilikinya. Aku bahagia hidup di bwh perhatian org tua. Tidak pernah pula aku merasa diri ini terkongkong atau terbelenggu.

Aku suka hidup begini. Teman2 hanyalah dari kaum sejenis. Aku tidak punya teman lelaki, jauh sekali utk bercinta dan berdating spt org lain. Keadaan hidup yg sebegini mjdkan aku seorg yg pendiam dan pemalu.

Aku kini seorg penganggur. Kata org penganggur terhormat. Belum sethn pun aku menganggur. Setakat ini rasa seronok pula memerap di rmh. Media massa sama ada bercetak atau elektronik mjd teman setia. Setiap hr kecuali hr minggu pasti ada surat yg tiba dan pergi. Kata org banyak kenalan dan saling berbls2 surat boleh meninggikan IQ. Itulah yg kupraktikkan sejak mendapat gelaran penganggur terhormat.

Masa lapang memang banyak dalam keadaan begini. Aku menjadi begitu rajin. Rajin membaca, menulis dan menaip. Akibatnya minat mengarang yang timbul sewaktu di bangku sekolah dulu ku hidupkan kembali. Apa sahaja yg terfikir di otak mjd idea dan ku lahirkan menerusi pena. Menulislah aku walaupun aku sedar bakat yg ada tdk sebesar mana. Lahirlah karya2 yg mungkin lebih layak di bakulsampahkan. Namun begitu aku tetap menulis. Dalam diri timbul pula cita2 ingin mjd penulis yg terkenal.

Aku mula mendekatkan diri dgn hasil2 karya penulis dan penyair wanita yg ku kagumi. Teringat kata Fatimah Busu " Pada saya mencipta sesebuah karya bukanlah satu kerja yg main2. Mencipta adalah satu penelitian yg lebih berhati2 dan cermat dr perbuatan meniti di atas sebtg kayu yg nipis dan kecil merentang sebuah gaung yg dalam."

Aku mula menyimpan tekad. Aku mahu mencipta sesebuah karya dgn bersungguh2. Aku mahu terkenal spt Fatimah Busu.
(BERSAMBUNG............ panjang lg la, kalau boring nyanyi lagu ini)


Lagu: Izinku Pergi
nyanyian Kaer

sinaran mata cerita segalanya
duka lara terpendam memori semalam
tinggal segala cinta tiada kembalinya
abadi kasih kita kau bawa bersama
mimpi indah mekar saat cinta bersemi
sedetik asmara syurga selamanya
pergilah rinduku hilangkan dirimu
tak sanggup menanggung derita di kalbuku
pergilah sayangku bermula semulasemangat cintaku
membara kerana dia
tiada niatku
tersemat jiwa setia bersamanya
cinta murni berdua beribu tahunnya
mimpi indah mekar saat cinta bersemi
sedetik asmara syurga selamanya
pergilah rinduku hilangkan dirimu
tak sanggup menanggung derita di kalbuku
pergilah sayangku bermula semula
semangat cintaku membara kerana dia
tiada niatku
ohh pergilah sayangku bermula semula
semangat cintaku membara kerana dia
tiada niatku
maafkan daku duhai kasih
izinkan ku pergi

Pergilah.... I x marah, x payah minta izin, pegi ajelah....esok dtg balik ye!

Rabu, 16 Julai 2008

Mari Berdoa

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Buat semua yang masih menuntut ilmu, marilah kita sama-sama berdoa semoga ilmu kita semakin bertambah dan mendapat keredhaan ALLAH. Tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahad.

Doa-doa ini dipetik dari buku Amalan Harian Sepanjang Zaman.

DOA UNTUK CEPAT TANGGAP DALAM MEMAHAMI ILMU

Ya ALLAH, ilhamilah aku dengan ilmu yang dapat menjadi alat untuk mengetahui semua suruhanMu.
Dan dapat pula mengetahui semua laranganMu.
Berikanlah kepadaku ya ALLAH, kefahaman yang mendalam dari para Nabi.
Dan kefasihan hafalan para Rasul.
Dan cepatnya ilham para malaikat Muqarrobin.
Dan kurniakanlah kepadaku ya ALLAH, dengan cahaya ilmu dan cepat menanggap kefahaman.
Dan keluarkanlah aku dari kegelapan keraguan.
Dan bukalah untukku semua pintu rahmatMu.
Dan ajarkanlah kepadaku rahsia hikmahKu, ya TUHAN semesta alam.

DOA UNTUK MEMPERKUAT INGATAN (MUDAH MENGHAFAL)

ALLAH Yang Maha Pemurah yang mengajarkan Al Quran. Dia menjadikan insan dan mengajarnya keterangan tentang matahari dan bulan dijadikanNya dengan perhitungan, bintang dan pepohonan sujud kepadaNya.
Jangan engkau gerakkan lidahmu, engkau tergesa-gesa dengan itu. Kamilah yang membacanya dan mengumpulkannya. Apabila Kami membacanya, ikutilah bacaan itu. Kemudian Kami memberikan penjelasannya.
Tetapi itu adalah Al Quran yang Mulia, tertulis di papan yang terpelihara (Luh Mahfuz!)

DOA UNTUK MENCERDASKAN OTAK DAN TIDAK MUDAH LUPA

Ya ALLAH, terangilah pandanganku dengan Al Quran. Dan dengannya lapangkanlah hatiku, dan dapatlah kiranya daku beramal dengannya.
Dan lancarkanlah lidahku dalam mengucapkannya, dan teguhkanlah hatiku dengannya.
Dan percepatkanlah kefahamanku dengannya, dan teguhkanlah tujuanku dengannya, dengan sebab dayaMu dan kekuatanMu. Sesungguhnya tiada daya untukku melakukan taat dan tiada upaya untukku menjauhkan maksiat, melainkan dengan pertolonganMu, ya ALLAH Tuhan Yang Maha Pengasih bagi sekalian yang berkasih sayang.
Ya ALLAH, aku menitipkan kepada Mu ilmu yang telah Engkau ajarkan kepadaku, maka perkenankanlah kiranya Engkau mengembalikannya lagi kepadaku ketika aku memerlukannya.
Dan janganlah hendaknya Engkau melupakannya, Ya Tuhan semesta alam.

PERTAMA KALI BERSUA DI SINI

Yang pertama belum tentu yang terbaik!



Salam sejahtera buat semua pembaca blogku yg pertama ini. Kepada yang baru mengenaliku... SELAMAT BERKENALAN. Hidup ini adalah indah dan akan lebih indah lagi jika kita ramai sahabat.



Nasihat yg boleh diikuti dlm membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan Al-Qamah (sahabat Rasulullah) kepada anaknya:



1. Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.



2. Pilihlah sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan utk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau dia melihat kebaikan yg ada padamu, dia suka menyebutnya.



3. Pilihlah sahabat yg apabila engkau menghulurkan tgn utk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dgn rasa terharu dan jika dia mengetahui mengenai keburukan dirimu, dia suka menutupinya.



4. Pilihlah sahabat yg jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti dia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yg menimpa dirimu, dia suka membantu serta menghiburkanmu.



5. Pilihlah sahabat yg jikalau engkau berkata, dia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yg berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dgnnya, dia suka mengalah utk kepentinganmu.



"Barangsiapa mempunyai kawan pendamping yang setia, maka dia tidak memerlukan cermin"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REZEKI

REZEKI

TOP 5 KOMENTAR

KOMEN LA

KOMEN LA LAGI

REZEKI

REZEKI

churp me

ads

churp me

ads

BERITA SEMASA